Header Ads

ads header

Flash News

Apa Sudah Jadi Lebih 30 Ahli Parlimen Islam Kritik Perundangan Syariah?


Seramai 76 Ahli Parlimen PH, Muda dan Pejuang yang terdiri daripada beragama Islam dan bukan Islam hari ini secara bersama mengkritik hukuman penjara dikenakan oleh Mahkamah Syariah terhadap bekas pemimpin NGO Bersih, Maria Chin Abdullah.

Maria Chin yang juga Ahli Parlimen dihukum selepas didapati salah kerana menghina Mahkamah Syariah apabila mendakwa wanita Islam masih didiskriminasi di bawah sistem perundangan Syariah.

Maria Chin tergamak membuat dakwaan seperti itu hanya disebabkan oleh satu keputusan kes melibatkan penjagaan anak.

Antara Ahli Parlimen beragama Islam yang menyokong Maria Chin ialah Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, Nurul Izzah Anwar, Maszlee Malik, Shamsul Iskandar, Nik Nazmi Nik Ahmad, Akmal Nasir dan Mukhriz Mahathir.

Justeru peringatan pertama kepada seluruh umat Islam Malaysia jangan lupa pada ahli politik yang mengaku beragama Islam ini semasa PRU-15 nanti kerana terang-terang mengkritik sistem perundangan Syariah.

Mendakwa sistem perundangan Syariah harus terbuka kepada kritikan dan hak kebebasan bersuara seolah-olah mahu ‘menyamaratakan’ antara undang-undang Syariah dan undang-undang Sivil.

Inilah masalahnya apabila kepentingan politik melampaui hukum agama. Sedangkan semua tahu sistem perundangan Syariah berdasarkan hukum Islam dan ia hanya melibatkan penguatkuasaan terhadap umat Islam.

Peringatan kedua adalah seramai 76 Ahli Parlimen itu daripada parti politik yang mengecam Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana menyiasat Hakim Mahkamah Rayuan, Datuk Mohd Nazlan Mohd Ghazali atas alasan menjejaskan keyakinan rakyat terhadap institusi kehakiman.

Berhubung Mahkamah Syariah pula mereka berpandangan hakim-hakim sama sekali tidak terlepas daripada kritikan awam dan akauntabiliti kepada masyarakat yang mereka berkhidmat agar dapat melahirkan keyakinan terhadap badan kehakiman.

Terasa meluat membacanya bukan.

Rumusannya mudah sahaja. Mohd Nazlan disiasat SPRM kerana didakwa menerima sejumlah wang Malaysia oleh individu dikehendaki polis iaitu Jho Low merupakan hakim yang menjatuhkan hukuman penjara terhadap Datuk Seri Najib Tun Razak.

Mohd Nazlan bagaimanapun telah menafikan dakwaan tersebut dan dia turut membuat laporan polis mengenai tuduhan yang dikaitkan dengannya.

Manakala Hakim Mahkamah Syariah menjatuhkan hukuman terhadap Maria Chin yang merupakan aktivis pro-PH sebelum bergelar sebagai Yang Berhormat. Bagaimana kaitannya bolehlah fikirkan sendiri.





Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

MindaRakyat Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


Tiada ulasan