Header Ads

ads header

Flash News

Bapa tiri, ibu dua kanak-kanak didera ditahan


ALOR SETAR: 
Bapa tiri dan ibu kandung yang disyaki mendera dua anak mereka  berusia enam dan lapan tahun sehingga mengalami kecederaan sejak Selasa lalu, ditahan semalam.

Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Ahmad Shukri Mat Akhir berkata, pihaknya menahan bapa tiri mangsa yang berusia 33 tahun di rumah keluarga berkenaan di Jalan Sungai Petani, dekat sini, kira-kira pukul 3.30 petang.

Sementara itu, katanya, tangkapan terhadap ibu mangsa pula dilakukan di tepi Jalan Kolam Air, di sini, kira-kira pukul 5.30 petang.

Katanya, ujian urin yang dijalankan terhadap bapa tiri mangsa didapati positif dadah jenis Meth.

“Setakat ini polis masih menjalankan siasatan sama ada wanita tersebut turut sama terlibat mendera kedua-dua mangsa,” katanya di sini hari ini.

Semalam, media melaporkan mengenai penderitaan dilalui dua beradik itu yang mengalami kecederaan di beberapa bahagian badan termasuk luka serta bengkak di kepala selain lebam di kedua-dua pipi.

Penderitaan ditanggung dua beradik itu terbongkar menerusi keprihatinan seorang guru yang bertanyakan mengenai kesan di wajah salah seorang daripada kanak-kanak tersebut, Selasa lalu.

Kanak-kanak itu bersama adiknya mendakwa dipukul oleh ayah tiri selain mendakwa pernah ditendang di belakang badan.

Ahmad Shukri memaklumkan, pasangan tersebut kini direman tujuh hari bermula hari ini. – UTUSAN





Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

MindaRakyat Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


Tiada ulasan