Header Ads

ads header

Flash News

Mahkamah sivil tak boleh semak keputusan mahkamah syariah, kata kerajaan


KUALA LUMPUR:
Kerajaan memberitahu Mahkamah Tinggi hari ini bahawa keputusan yang dibuat oleh mahkamah syariah adalah muktamad dan mahkamah sivil tidak mempunyai kuasa untuk menyemaknya.

Peguam Persekutuan Sallehuddin Md Ali berkata Perkara 121(1A) Perlembagaan Persekutuan dengan jelas menyatakan bahawa mahkamah sivil tidak mempunyai bidang kuasa terhadap perkara yang di bawah mahkamah Islam.

“Peruntukan itu adalah untuk menghentikan pihak yang terkilan datang ke mahkamah sivil untuk menyemak keputusan mahkamah syariah,” katanya, dalam membantah usaha seorang wanita berusia 32 tahun untuk memulakan cabaran undang-undang untuk keluar Islam.

Wanita yang dilahirkan sebagai penganut agama Islam itu mendakwa dia tidak pernah mengamalkan agama terbabit dan ibunya memberikan kebebasan sepenuhnya untuk memilih agama.

Katanya, dia sebelum itu ke Mahkamah Tinggi Syariah untuk mendapatkan perintah keluar daripada agama Islam kerana ingin mengamalkan agama Buddha.

Tidak lama selepas dia memfailkan permohonan itu, mahkamah memerintahkan dia menjalani 12 sesi “kaunseling”.

Selepas itu, mahkamah menolak permohonannya untuk keluar Islam, dan memintanya menghadiri ke lebih banyak sesi kaunseling. Apabila merayu, Mahkamah Rayuan Syariah mengekalkan keputusan itu.

Wanita terbabit kemudiannya ke mahkamah sivil dalam usaha untuk membatalkan keputusan mahkamah syariah. Dia mendakwa keputusan untuk menolak permohonan “penukaran untuk keluar” melanggar Artikel 11, yang menjamin kebebasan beragama seseorang.

Hari ini, Hakim Mahkamah Tinggi Ahmad Kamal Md Shahid bertanyakan kepada Salehuddin, bagaimana jika keputusan mahkamah syariah adalah “salah”.

Salehuddin menjawab : “Sama ada keputusan itu betul atau salah, ia tamat di situ. Jika tidak, semua orang (yang tidak berpuas hati) akan datang ke mahkamah sivil.”

Beliau berkata Mahkamah Syariah bukan “tribunal, di mana pihak yang kalah boleh datang ke mahkamah sivil untuk mencabar satu keputusan”.

“Tribunal tidak diberi perlindungan seperti Perkara 121(1A).”





Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

MindaRakyat Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


Tiada ulasan