Header Ads

ads header

Flash News

Penyakit Tak Sembuh, Rugi Yang Dapat..Wanita Rugi RM31,451 Ditipu Bomoh ‘Online’



Mukah:
Wanita berputih mata selepas diperdaya oleh bomoh ‘online’ yang kononnya dapat mengubati penyakit dan menyelesaikan masalahnya dengan teman lelaki.

Mangsa mengalami kerugian RM31,451 akibat ditipu oleh bomoh yang dikenalinya melalui Facebook (FB) itu.

Ketua Polis Daerah Mukah Deputi Superintenden Muhamad Rizal Alias berkata, pengasuh kanak-kanak berusia 38 tahun itu berkenalan dengan seorang lelaki Indonesia yang dikenali Ustaz Mangkubono menerusi FB pada 24 April lalu.

Menurutnya, mangsa sering berkongsi masalah kepada lelaki berkenaan bahawa dirinya ada menghidap penyakit sawan, kemurungan dan ada masalah dengan teman lelaki.

Muhamad Rizal berkata mangsa yang termakan dengan kata-kata suspek kemudian melakukan tujuh transaksi wang ke akaun bank penama Leni Taryati dari 24 April hingga 26 April lalu dengan jumlah transaksi RM23,451.

“Transaksi kelapan pada 26 April lalu dibuat ke akaun bank penama Lim Siew Chian berjumlah RM8,000.

Beliau menambah mangsa juga sering dihubungi suspek untuk meminta wang.

Oleh kerana merasakan dirinya ditipu, Muhamad Rizal berkata, mangsa tampil membuat laporan polis di Balai Polis Mukah pada 5 petang semalam.

Menurutnya, mangsa memperoleh wang berkenaan hasil jualan dan gadaian emas miliknya serta meminjam wang daripada keluarganya bagi menanggung kos ritual perubatan berkenaan.

“Segala kenyataan mangsa sudah dirakam mengikut Seksyen 112 Kanun Prosedur Jenayah dan segala dokumen sokongan dari mangsa turut diperoleh bagi membolehkan kertas siasatan dibuka.

“Kes itu disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan,” katanya.-HM

Penyakit Tak Sembuh, Rugi Yang Dapat..Wanita Rugi RM31,451 Ditipu Bomoh ‘Online’

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);




Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

MindaRakyat Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


Tiada ulasan