Header Ads

ads header

Flash News

Awas muslihat DAP terbaharu


Beberapa nama besar dalam DAP mengumumkan akan berhenti sementara daripada politik.

Benarkah atau ada muslihat kerana bijaksana tahu tiada istilah bersara dalam dunia politik.

Bekas Ahli Parlimen Pandan daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR), Rafizi Ramli contoh terbaru.

Selepas mengumumkan bersara sesudah PRU-14 kini mahu merebut jawatan Timbalan Presiden PKR.

Istilah bersara semena-mena telah digantikan dengan istilah ‘bercuti’ untuk mewajarkan pencalonannya.

Sebenarnya dalam politik adalah tentang peluang. Selagi ada peluang selagi itu akan berpolitik.

Jika tidak berpolitik secara langsung, secara tidak langsung pun masih boleh berpolitik.

Lim Kit Siang selepas PRU-14 pernah berjanji akan bersara daripada dunia politik.

Jika Tun Dr Mahathir Mohamad tidak serah jawatan Perdana Menteri kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Namun Kit Siang tetap berpolitik walaupun Mahathir tidak mengotakan janji sehingga kerajaan PH tumbang.

Beliau hanya umum bersara baru-baru ini, namun masih dianggap sebagai Mentor DAP.

Justeru rakyat Malaysia kena tahu walaupun pemimpin utama DAP umum bersara, DAP tetap DAP.

Meskipun nama-nama besar mereka telah tiada, tetapi hakikatnya mereka masih mengawal DAP.

DAP akan tetap dengan agendanya yang menimbulkan rasa kurang senang Melayu dan Bumiputera.

Usah terpedaya dengan kepakaran mereka bermuslihat sedangkan misi DAP tidak pernah padam.

Mohd Arshad





Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

MindaRakyat Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


Tiada ulasan