Header Ads

ads header

Flash News

Bella selera nikmati makanan


PETALING JAYA:
Remaja Sindrom Down berusia 13 tahun dikenali Bella, ceria dan berselera menikmati pelbagai juadah dibawa Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rina Mohd. Harun untuk meraikan sambutan Hari Raya Aidilfitri bersama.

Menurut Rina, beliau turut membawa nasi goreng kegemaran Bella dimasaknya sendiri dari rumah. 

Katanya lagi, Bella kelihatan manis dan ceria berbaju tema ungu menikmati juadah yang dihidangkan.

“Selain KFC, Bella memang suka nasi goreng ‘no pedas’, berselera sungguh dia menikmati hidangan-hidangan yang saya bawa.

“Saya juga membawa nasi impit, lemang, rendang, ayam goreng kek dan kuih muih khas buat Bella dan rakan-rakan,” katanya dalam Facebook beliau hari ini.

Bella sebelum ini disyaki didera di sebuah pusat kebajikan milik pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di Kuala Lumpur.

Perbicaraan kes penderaan Bella berlangsung di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur.

Terdahulu, Rina memaklumkan beliau meraikan Hari Raya Aidilfitri yang memasuki hari keempat bersama Bella dan rakan-rakannya di sebuah pusat perlindungan kanak-kanak.

Katanya, Bella dan kanak-kanak lain dijaga dengan baik dan sempurna daripada sudut keperluan fizikal dan emosi di pusat perlindungan itu.

Beliau kemudian merakamkan ucapan terima kasih kepada warga kerja pusat perlindungan kanak-kanak ini yang tanpa jemu menjaga dan melindungi kanak-kanak termasuk Bella yang ditempatkan di pusat itu dengan selamat setiap hari.

“Alhamdulillah mereka dijaga dengan baik dan sempurna daripada sudut keperluan fizikal dan emosi,” katanya. – UTUSAN





Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

MindaRakyat Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


Tiada ulasan