Header Ads

ads header

Flash News

DAP akan guna kepakaran Kit Siang, Ong untuk PRU15



KAJANG:
DAP akan bergantung kepada kepakaran veteran parti Lim Kit Siang dan Ahli Parlimen Bangi Ong Kian Ming untuk pilihan raya umum ke-15 (PRU15), sekalipun mereka membuat keputusan untuk tidak lagi aktif dalam arena politik.

Setiausaha Agung DAP Loke Siew Fook berkata, orang ramai mesti faham bahawa politik bukan semata-mata mengenai ahli politik barisan hadapan kerana setiap ahli dalam parti mempunyai peranan yang berbeza.

“Lim Kit Siang dan Ong Kian Ming bukannya meninggalkan DAP. Hanya kerana mereka tidak bertanding pada PRU15 tidak bermakna mereka tidak akan menyumbang kepada parti.

“Saya akan menggunakan kepakaran mereka untuk membantu kami pada pilihan raya dan juga untuk penggubalan dasar,” katanya pada sidang media bersama Ong di sini, hari ini.

Semasa Kongres Kebangsaan DAP pada Mac, Lim mengumumkan bahawa beliau akan bersara daripada arena politik dan menarik diri daripada perebutan kerusi dalam Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC).

Lim mula menganggotai CEC pada 1966 sebagai setiausaha penganjur kebangsaan dan seterusnya memegang jawatan setiausaha agung selama 30 tahun dari 1969.

Pada Isnin, Ong, yang merupakan ahli Parlimen selama dua penggal, mengumumkan beliau akan berehat daripada politik untuk “merenung semula bagaimana untuk memanfaatkan pengetahuan dan kemahiran yang dikumpulkan dalam tempoh sembilan tahun lepas dengan sebaiknya”.

Ong, yang dipilih sebagai ahli Parlimen Serdang dari 2013 hingga 2018 dan ahli Parlimen Bangi mulai Mei 2018 berkata, beliau tidak akan menawarkan diri sebagai calon PRU15.

Mengulas lanjut Loke berkata, persepsi umum bahawa politik adalah semata-mata mengenai menjadi ahli Parlimen atau wakil rakyat perlu diubah.

Beliau menegaskan bahawa keyakinan orang ramai terhadap DAP bukan berpunca daripada mana-mana individu atau pemimpin tetapi kepada parti secara keseluruhannya.




Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

MindaRakyat Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


Tiada ulasan