Header Ads

ads header

Flash News

‘DINA’, ‘MIRA’ dan ‘J3H3’ disita


Kuala Terengganu:
Tiga pemandu yang menggunakan nombor pendaftaran ‘DINA’, ‘MIRA’ dan ‘J3H3’ pada kenderaan mereka ditahan Skuad 42 Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT), Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Terengganu kelmarin.

Ketua JSPT Terengganu, Superintendan Ismail Man berkata, kenderaan pelbagai guna (MPV) Toyota Alphard yang menggunakan nombor pendaftaran MIRA dikesan jam 3.24 petang berhampiran Padang Midin di sini.

“Pemandunya kemudiannya ditahan. Tidak lama kemudian, kami menahan sebuah lagi Toyota Alphard yang menggunakan nombor pendaftaran DINA di kawasan sama.

“Pemilik kedua-dua pemandu memberi alasan yang mereka mendedikasikan nombor pendaftaran itu buat isteri serta nama seseorang,” katanya semalam.

Menurut beliau, alasan itu tidak diterima dan kedua-dua Toyota Alphard berkenaan dibawa ke Bahagian Siasatan Penguatkuasaan Trafik (BSPT) Kuala Terengganu untuk siasatan lanjut.

Kes disiasat mengikut Seksyen 108 (3)(b) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 kerana mempamerkan nombor pendaftaran yang hampir-hampir menyerupai apa-apa tanda bagi tujuan untuk memperdayakan pihak berkuasa.

Pada masa sama, di Bandar Baru Kuala Nerus pula, pihaknya menahan sebuah Volkswagen Golf MK6 dipandu lelaki berumur 24 tahun yang menggunakan nombor pendaftaran J3H3.

“Lelaki berasal dari Setiu itu ditahan jam 7.25 petang. Dia memberi alasan kereta itu diperoleh pada malam raya dan belum berkesempatan menukar nombor pendaftaran mengikut spesifikasi ditetapkan. Kes disiasat mengikut akta sama.

“Sabit kesalahan , ketiga-tiga pemandu terbabit boleh didenda sehingga RM20,000 atau penjara sehingga lima tahun atau kedua-duanya sekali,” katanya.

METRO





Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

MindaRakyat Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


Tiada ulasan