Duri dalam daging, Ridhuan Tee gesa kerajaan bersihkan lantikan PH dulu
BANGI, 8 Syawal 1443H, Isnin – Prof Dr Ridhuan Tee Abdullah mengesyorkan supaya kerajaan segera membersihkan semua lantikan perkhidmatan yang dibuat Pakatan Harapan (PH) ketika memerintah dahulu.
Tanpa menyebut nama mana-mana pihak, pemerhati politik itu berkata, mereka ini sangat bahaya dan menjadi duri dalam daging.
“Sejak dahulu lagi, apabila majlis diterajui ultra kiasu, mereka sangat bias dalam tindakan,” katanya.
Pada masa sama, beliau tertanya-tanya berhubung dakwaan pihak tertentu bahawa kerajaan cuba mencampuri urusan kehakiman negara ini.
Prof Ridhuan Tee secara sinis berkata, berbanding ketika PH memerintah, pengurusan tertinggi perkhidmatan awam ditukar, ditamatkan atau dipendekkan perkhidmatan mereka, termasuk kehakiman dan perundangan.
“PH memasukkan orang-orang mereka.
“Paling ketara dan kelakar, ketua Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ditukar. Sanggup mengambil orang luar yang bukan dalam kalangan perkhidmatan awam.
“Sebab itu, kita lihat banyak perkara pelik berlaku. Paling kelakar, pakai lencana dan pakaian SPRM pun tidak tahu, sehingga menjadi bahan ketawa,” katanya.
Berikutan itu, beliau menggesa kerajaan tidak memberi muka kepada ultra kiasu, meskipun mereka mahir dalam selok belok undang-undang.
“Kerajaan mesti bertindak terhadap mereka yang melanggar undang-undang meskipun mereka ini ‘pakar’ perundangan.
“Peguam
ultra kiasu ini sangat licik, jika isu menyebelahi mereka, mereka akan
didiamkan. Jika tidak, heboh satu dunia. Strategi lapok ini telah mereka
pakai sejak dahulu. Sebab itu, sukar untuk peguam muslim tembusi
menerajui badan ini,” katanya. - IsmaWeb
sila subscribe via telegram https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com







©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.
Tiada ulasan