Gadis terjun parit besar kerana putus cinta
JAKARTA – Sebuah klip video tular di media sosial Indonesia memaparkan seorang remaja perempuan nekad terjun ke dalam sebatang sungai di Desa Balongdowo, Jakarta Timur kerana putus cinta, lapor laman berita Suara.com.
Video itu dimuat naik dalam akaun Instagram @terangmedia. Rakaman menunjukkan seorang remaja perempuan terjun ke dalam sungai sambil menjerit dan menangis tanpa mahu dibantu penduduk sekitar. Dia dikatakan berada di bawah pengaruh alkohol dan disyaki putus cinta dengan teman lelakinya.
“Punca kejadian masih belum diketahui. Menurut maklumat, dia menangis sambil menjerit nama teman lelakinya berkali-kali,’’ demikian kapsyen pada klip video berkenaan.
Penduduk setempat berkumpul di kawasan tersebut untuk memberikan bantuan, namun ditolak oleh mangsa. Sebaliknya, ada antara mereka yang merakamkan situasi berkenaan.
Video tersebut mendapat perhatian netizen di ruangan komen.
“Cinta tak selamanya indah dik,’’ tulis seorang netizen.
“Sampai begitu sekali, sayangi orang tuamu dik,’’ komen netizen lain. – Agensi
sila subscribe via telegram https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com







©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.
Tiada ulasan