Header Ads

ads header

Flash News

Kerjasama UMNO, Pas mampu tawan Selangor



Walaupun bersedia UMNO untuk menwan Selangor PAS kena berhati-hati kerana UMNO ini jenis itik patah sayap, kalau baik nanti, tahulah mereka mengkhianati perjanjian dengan PAS


TANJONG KARANG
- UMNO dan Pas di Selangor mesti bekerjasama menerusi Muafakat Nasional (MN) bagi merampas semula negeri itu pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Pengerusi UMNO Selangor, Tan Sri Noh Omar berkata, kerjasama dua parti terbesar Melayu itu sahaja mampu menewaskan Pakatan Harapan (PH) di negeri ini.

Menurutnya, sekiranya kerjasama itu terbentuk, beliau percaya UMNO dan Pas mampu memenangi lebih daripada 30 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor.

"Jika formula ini digunakan (MN) di Selangor, kita yakin atas prinsip dan semangat pembangkang, kita mampu menawan Selangor di negeri ini," katanya pada Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Parlimen Tanjong Karang di Dataran Astaka di sini pada Sabtu.

Noh yang juga Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi berkata, pembahagian kerusi antara kedua-dua parti itu juga sebelum ini telah selesai sebelum kewujudan Perikatan Nasional (PN).

Katanya, setakat ini kedua-dua parti berpegang kepada agihan kerusi yang telah dipersetujui di peringkat awal MN Selangor.

"Walaupun belum muktamad (pengagihan kerusi antara UMNO dan Pas) pada dasarnya sudah ada persetujuan yang mana prinsipnya di mana ada calon UMNO di situ juga ada calon Pas.

"Misalnya calon UMNO bertanding Parlimen, maka ada calon Pas di kerusi DUN dan begitu juga sebaliknya," ujar beliau.

Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Dr Ahmad Yunus Hairi berkata, agenda memperkasa MN masih diperjuangkan dan dianggap sebagai formula terbaik.

Jelas beliau, hubungan antara UMNO dan Pas itu mampu menyatukan orang Melayu Islam di negeri ini.

"Kebersamaan ini sangat penting bagi mengelakkan pertembungan Pas dan UMNO dan hanya berlaku pertembungan dua penjuru PRU15 yang dilihat dari sudut strategik lebih baik," jelasnya.


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

MindaRakyat Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


Tiada ulasan