Header Ads

ads header

Flash News

MySejahtera dalam kenangan, kami dah bebas



PETALING JAYA
– Orang ramai diingatkan untuk terus berwaspada dan sentiasa membuat penjagaan kendiri susulan kelonggaran prosedur operasi standard (SOP) yang berkuat kuasa hari ini.

Antaranya adalah pengecualian imbasan kod QR menerusi aplikasi Mysejahtera untuk memasuki premis dan tempat awam serta pemakaian pelitup muka yang sudah tidak diwajibkan bagi aktiviti di luar bangunan.

Menerusi tinjauan Kosmo! di laman sosial mendapati, rata-rata orang ramai meluahkan kelegaan dan bersyukur atas kelonggaran tersebut.

“Alhamdullilah, Mysejahtera dah dimansuhkan di Malaysia ni. Kami tak perlu beratur lagi di setiap premis untuk imbas MySejahtera.

“Penggunaan pelitup muka diluar rumah dan bersendirian pun sudah dimansuhkan. Perlahan-lahan ke arah kehidupan normal seperti dahulu. Alhamdulillah kami dah bebas,” kata Amalia.

Bagaimanapun, seorang pengguna yang dikenali sebagai Hisham AR. mengingatkan bahawa pengecualian itu bukan lah memberi maksud ‘merdeka’, namun hanya sebagai SOP yang baru.

“Dah tak payah imbas MySejahtera, tetapi kena bawa telefon dan status kesihatan kena biru atau kuning. Kalau merah tak boleh masuk, kena solat di luar. Bersalaman pun sudah dibenarkan, tetapi seeloknya selepas itu basuh tangan.

“Pelitup muka pun tak wajib di luar, namun seeloknya pakai sahaja. Ingat Covid-19 ini masih ada ya. Balik kampong ni pun sentiasalah berwaspada ya. Lindungi diri lindungi semua. Insya-Allah,” katanya.





Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

MindaRakyat Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


Tiada ulasan