Header Ads

ads header

Flash News

Ukraine Minta Indonesia Bekal Senjata


JAKARTA
– Presiden Indonesia, Joko Widodo (Jokowi) menegaskan bahawa jemputan Presiden Volodymyr Zelenskyy ke Sidang Kemuncak negara Kumpulan 20 (G20) pada November ini mempunyai kaitan dengan kedudukan Ukraine dalam isu pemulihan ekonomi dunia, lapor laman berita Kompas semalam.

Menurut Jokowi, ia adalah salah satu alternatif yang akan diusahakan di persidangan itu terutamanya apabila Rusia juga bakal hadir selaku anggota G20.

“Kita perlu memahami bahawa G20 memiliki peranan sebagai pemangkin dalam pemulihan ekonomi dunia.

“Jika kita komited untuk memulihkan kegawatan ekonomi global, maka kita perlu berbincang dengan dua kuasa besar ini iaitu Rusia dan Ukraine yang mempengaruhi situasi tersebut,” tegas Jokowi.

Sementara itu, Jokowi juga memaklumkan bahawa Presiden Ukraine, Volodymyr Zelensky ada memohon bantuan senjata dari Indonesia bagi mengatasi krisis di negara itu.

Bagaimanapun, beliau telah menjelaskan bahawa dasar luar Indonesia tidak mempraktikkan bantuan seumpama itu.

“Saya tegaskan kepada Zelesnky bahawa mengikut mandat perlembagaan Indonesia dan prinsip dasar luar Indonesia adalah melarang pemberian senjata kepada negara lain,” kata Jokowi.

Kosmo





Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

MindaRakyat Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


Tiada ulasan