Header Ads

ads header

Flash News

Netizen dedah wajah pemandu Vellfire biadap pembuli jalanraya


Rakaman berdurasi 2 minit 20 saat itu memaparkan pemandu kenderaan jenis Toyota Alphard berkenaan melakukan pelbagai tindakan yang boleh mengundang bahaya kepada pengguna lain.

Berdasarkan perkongsian oleh pengguna Twitter, @MALAYSIAVIRALL, didakwa kenderaan berkenaan mempunyai lapan saman jalan raya berjumlah RM1,950 yang masih belum dijelaskan.

Malahan, pengguna sama turut mendedahkan individu terbabit pernah menyebabkan kemalangan melibatkan motosikal pada 2020.

Menurut seorang lagi pengguna Twitter, @AbangLadang menasihati agar tidak ‘melayan’ individu seperti itu.

“Kalau ada keluarga dalam kereta, eloknya cuba kurangkan provokasi sebegini.

“Jika jumpa samseng yang tak fikir panjang, boleh akibatkan kecederaan,” katanya.

Wajah pemandu kenderaan terbabit yang sempat dirakam. — Facebook

Bagi pengguna Twitter, @Bitterfingerss, dia mempersoalkan mengapa individu yang memiliki lapan saman jalan raya masih bebas.

“Kenapa orang ada saman sebanyak ini boleh bebas lagi.

“Tak ada ke undang-undang yang boleh dia duduk dalam, tak keluar-keluar dah,” ujarnya.

Majoriti masih cuba mendapatkan komen atau kenyataan rasmi daripada pihak berkaitan berhubung kejadian itu. — Majoriti





Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

MindaRakyat Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


Tiada ulasan