Header Ads

ads header

Flash News

Penularan COVID-19 Terus Terkawal, Kes Harian Masih Bawah 5,000


Berikut adalah Rangkuman TERKINI Mingguan Bernama mengenai COVID-19 dan perkara yang berkaitan di Malaysia serta di peringkat dunia dari 23 April hingga pukul 11:59mlm 29 April 2022.

Kes kumulatif COVID-19 di Malaysia melepasi 4.44 juta kes. Di peringkat global, lebih 512 juta kes dilaporkan dengan kes kematian sekitar 6.2 juta kes. Lebih 466 juta pesakit COVID-19 dilaporkan sembuh.

Pandemik COVID-19 yang masuk tahun ketiga sudah merebak ke 226 buah negara dan wilayah.

KUALA LUMPUR (Bernama) -- Biar pun belum menang sepenuhnya Perang COVID-19, kebenaran untuk “balik kampung beraya” antara petunjuk keyakinan kerajaan dalam mengekang penularan COVID-19 dengan kes harian baharu kekal bawah 5,000 untuk enam hari berturut-turut.

Ini diikuti beberapa kelonggaran protokol Prosedur Operasi Standard (SOP) termasuk pemakaian pelitup muka, berkuatkuasa 1 Mei, yang diumumkan oleh Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin pada Rabu (27 April).

Jumlah Kes Harian Berbanding Kes Sembuh Wabak COVID-19 di Malaysia. Sumber: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)

Semalam (29 April), sebanyak 2,579 kes harian baharu dilaporkan dengan rekod kes terendah dicatat pada 25 April iaitu 2,478 kes. Kali terakhir negara mencatat kes terendah sekitar 2,000 pada 2022 ialah pada 17 Januari iaitu sebanyak 2,342.

Kes kumulatif COVID-19 negara setakat ini adalah sebanyak 4,445,897 sementara kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 menyusut kepada 50,294 kes.

Kes harian baharu COVID-19 tertinggi dicatat setakat ini untuk 2022 ialah sebanyak 33,406 direkod pada 5 Mac dengan kes aktif sebanyak 311,206 kes.

Bagaimanapun, jumlah kes harian baharu COVID-19 dijangka meningkat semula berikutan sambutan hari raya Aidilfitri dengan kepulangan beramai-ramai warga kota ke kampung halaman setelah dua tahun tidak dapat berbuat demikian kerana sekatan rentas negeri akibat pandemik COVID-19.

Risiko jangkitan meningkat memandangkan ramai yang pulang serentak, dengan pergaulan antara keluarga dan sanak saudara termasuk aktiviti rumah terbuka.

Berikut kes harian baharu COVID-19 sepanjang tempoh Rangkuman Mingguan Bernama (23 April hingga 29 April 2022):-

23 April (5,624), 24 April (4,006), 25 April (2,478), 26 April (3,361), 27 April (3,471), 28 April (2,935) dan 29 April (2,579).

PROTOKOL BAHARU SOP

Mulai 1 Mei 2022, Kerajaan akan melaksanakan beberapa kelonggaran Prosedur Operasi Standard (SOP) seperti berikut:-

  • Pelitup Muka - wajib di dalam bangunan termasuk pengangkutan awam dan kenderaan e-hailing/ pilihan apabila berada di luar bangunan dan kawasan terbuka tetapi digalakkan di kawasan sesak; individu berisiko tinggi digalakkan memakain pelitup mula;
  • Penjarakan fizikal - tidak lagi diperlukan/digalakkan dalam keadaan tidak memakai pelitup muka;
  • Daftar masuk (check-in) dan status vaksinasi MySejahtera - daftar masuk dimansuhkan/kemasukan ke premis dibenarkan tanpa mengira status vaksinasi kecuali mereka berstatus ‘Berisiko Timggi’ atau di bawah HSO (Home Surveillance Order/Perintah Pengawasan dan Pemerhatian);
  • Positif COVID-19 (Ujian dan Pelepasan) - Secara amnya, kes positif COVID-19 dikehendaki kuarantin selama 7 hari. Di bawah Ujian dan Pelepasan, mereka mempunyai pilihan untuk menjalani ujian RTK-Ag yang disedia pengamal perubatan pada hari ke-4. Jika negatif mereka boleh menamatkan kuarantin;
  • Mengembara - pengembara yang lengkap divaksinasi dan kanak-kanak berumur 12 tahun ke bawah dikecualikan daripada ujian pra-pelepasan dan semasa ketibaan; pengembara yang tidak lengkap vaksinasi atau tiada vaksinasi hendaklah menjalani ujian RT-PCR 2 hari sebelum berlepas dan ujian RTK-Ag yang diselia dalam tempoh 24jam selepas ketibaan. Mereka juga perlu dikuarantin selama 5 hari; Insurans COVID-19 tidak lagi diperlukan untuk semua pelancong yang memasuki Malaysia;
  • Senarai Negatif - senarai aktiviti yang dilarang Majlis Keselamatan Negara sebelum ini dibenarkan. Semua sektor ekonomi boleh beroperasi mulai 15 Mei 2022.

Sebelum ini, Kerajaan mengumumkan mulai 1 April 2022, Malaysia memasuki fasa peralihan ke endemik sebagai “exit strategy” untuk membolehkan rakyat negara ini kembali semula kepada kehidupan yang hampir normal selepas dua tahun berperang dengan COVID-19.

Dengan sebanyak 4,445,897 kes kumulatif, Malaysia kini di tangga 23 daripada 226 buah negara/wilayah yang dilanda Pandemik COVID-19. Di hadapan Malaysia ialah Ukraine (5,001,811) dan Mexico (5,737,811).

Dalam kalangan 226 buah negara, mengikut data terkini Worldometer, Jerman mencatat angka kes harian baharu tertinggi semalam sebanyak 96,523 kes dengan 186 kematian, diikuti Amerika Syarikat 62,704 kes(257 kematian) dan Itali 58,861 kes (133 kematian).

Sementara itu, data COVIDNOW KKM setakat pukul 11:59 mlm 29 April 2022 menunjukkan daripada 50,294 kes aktif COVID-19, sebanyak 48,294 kes (97.3 peratus) dikuarantin di rumah.

Sebanyak 34 kes (0.1 peratus) lagi di Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 (PKRC); 1,258 kes (2.5 peratus) di hospital; 28 kes (0.1 peratus) di Unit Rawatan Rapi (ICU) tanpa memerlukan Alat Bantuan Pernafasan (ABP) sementara 50 kes (0.1 peratus) di ICU memerlukan ABP.

Kadar Kebolehjangkitan Dalam Negara (Nilai R) pada 23 - 29 April 2022. covid-19.moh.gov.my

Kadar kebolehjangkitan COVID-19 atau Ro/Rt untuk seluruh negara sepanjang tempoh Rangkuman ini kekal bawah paras 1.00. Data untuk Rangkuman Mingguan ini seperti berikut:-

23 April (0.77), 24 April (0.77), 25 April (0.73), 26 April (0.73), 27 April (0.70), 28 April (TIADA MAKLUMAT) dan 29 April (0.65).

Negeri yang mencatat Ro/Rt yang tinggi pada 27 April 2022 ialah WP Putrajaya (1.03), WP Kuala Lumpur (0.84). dan Melaka (0.80).

R-Naught (Ro/Rt) ialah kebolehjangkitan satu kes positif COVID-19 kepada orang lain dalam tempoh kebolehjangkitan. Ro/Rt 0.5 diperlukan untuk melandaikan lekuk jangkitan koronavirus maut ini.

SENARIO COVID-19 DI MALAYSIA

Senario Mingguan Wabak COVID-19 di Malaysia (23 - 29 April 2022). Sumber: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)

* Ada kategori tidak lengkap data harian kerana mulai 29 April 2022, tiada lagi kenyataan akhbar

harian KKM; kenyataan akhbar akan dikeluarkan secara mingguan.

Kes aktif dengan kebolehjangkitan:-

23 April (80,977), 24 April (74,752), 25 April (68,007), 26 April (61,871), 27 April (58,436), 28 April (53,776) dan 29 April (50,294).

Status Terkini COVID-19 Malaysia. Kes Baharu mengikut Negeri. Sumber: KKM

Perincian kes harian baharu (2,579 kes) mengikut negeri, setakat pukul 11:59mlm 29 April 2022, adalah seperti berikut:- (+kes import)

Kes harian baharu empat angka - Selangor 1,178 (+2);

K​​​​es harian baharu tiga angka - Johor 104 (+1), Negeri Sembilan 141 (+0), Perak 175 (+0), Pulau Pinang 209 (+0) dan WP Kuala Lumpur 376 (+0).

Kes baharu dua angka - Kedah 56 (+1), Kelantan 12 (+0), Melaka 80 (+0), Pahang 56 (+2), Sabah 46 (+0), Sarawak 72 (+0), Terengganu 16 (+0) dan WP Putrajaya 42 (+0).

Kes baharu satu angka: Perlis 9 (+0) dan WP Labuan 1 (+0).

Rekod kes baharu, penularan tempatan dan yang berkaitan:-

23 April - Kes baharu: 5,624 kes (4,427,067 kes kumulatif); Kes import: 17 kes [9 warganegara (52.9%); 8 bukan warganegara (47.1%)];Kes tempatan: 5,607 kes [5,442 warganegara (97.1%); 165 bukan warganegara (2.9%)];

24 April - Kes baharu: 4,006 kes (4,431,073 kes kumulatif); Kes import: 7 kes [5 warganegara (71.4%); 2 bukan warganegara (28.6%)]; Kes tempatan: 3,999 kes [3,855 warganegara (96.4%); 144 bukan warganegara (3.6%)];

25 April - Kes baharu: 2,478 kes (4,433,551 kes kumulatif); Kes import: 7 kes [6 warganegara (85.7%); 1 bukan warganegara (14.3%)]; Kes tempatan: 2,471 kes [2,356 warganegara (95.3%); 115 bukan warganegara (4.7%)];

26 April - Kes baharu: 3,361 kes (4,436,912 kes kumulatif); Kes import: 6 kes [4 warganegara (66.7%); 2 bukan warganegara (33.3%)]; Kes tempatan: 3,355 kes [3,221 warganegara (96.0%); 134 bukan warganegara (4.0%)];

27 April - Kes baharu: 3,471 kes (4,440,383 kes kumulatif); Kes import: 10 kes [10 warganegara (100.0%)]; Kes tempatan: 3,461 kes [3,324 warganegara (96.0%); 137 bukan warganegara (4.0%)];

28 April - Kes baharu: 2,935 kes (4,443,318 kes kumulatif); Kes import: 9 kes (tiada maklumat warganegara, bukan warganegara, kes tempatan).

29 April - Kes baharu: 2,579 kes (4,445,897 kes kumulatif); Kes import: 6 kes (tiada maklumat warganegara, bukan warganegara, kes tempatan).

Sementara itu, masih terdapat sebanyak 91 kluster aktif dalam negara setakat Rabu 27 April 2022. Secara keseluruhan, sebanyak 7,009 kluster dikesan dan 6,918 daripadanya ditamatkan.

Sepanjang tempoh Rangkuman Bernama ini, hanya sebanyak 7 kluster dikesan, iaitu 5 (71.4 peratus) kluster pendidikan dan 2 (28.6 peratus) kluster kumpulan berisiko tinggi.

Rekod kluster baharu dan perincian kluster:-

Rangkuman kluster pendidikan di Malaysia sepanjang 2 minggu (16 - 29 April 2022). Sumber: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)

23 April - 1 (pendidikan 1);

24 April - 1 (pendidikan 1);

25 April - 3 (pendidikan 2, kumpulan berisiko tinggi 1);

26 April - TIADA KLUSTER

27 April - 2 (pendidikan 1, kumpulan berisiko tinggi 1);

28 April - TIADA KLUSTER;

29 April - TIADA KLUSTER.

PERKEMBANGAN LAIN DALAM NEGARA

Pecahan pesakit COVID-19 mengikut kategori:-

* Kategori 5 dianggap kritikal dan memerlukan ventilator; kategori 4 memerlukan bantuan oksijen dan kategori 3 pula yang menghidap radang paru-paru. Kategori 1 (tiada gejala) dan kategori 2 (gejala ringan).

Daripada 5,624 kes harian yang dilaporkan pada 23 April 2022:

  • Kategori 1: 1,765 kes (31.38%);
  • Kategori 2: 3,835 kes (68.19%);
  • Kategori 3: 12 kes (0.21%);
  • Kategori 4: 6 kes (0.11%); dan
  • Kategori 5: 6 kes (0.11%).

Daripada 4,006 kes harian yang dilaporkan pada 24 April 2022:

  • Kategori 1: 1,288 kes (32.15%);
  • Kategori 2: 2,694 kes (67.25%);
  • Kategori 3: 12 kes (0.30%);
  • Kategori 4: 6 kes (0.15%); dan
  • Kategori 5: 6 kes (0.15%).

Daripada 2,478 kes harian yang dilaporkan pada 25 April 2022:

  • Kategori 1: 928 kes (37.45%);
  • Kategori 2: 1,518 kes (61.26%);
  • Kategori 3: 16 kes (0.65%);
  • Kategori 4: 11 kes (0.44%); dan
  • Kategori 5: 5 kes (0.20%).

Daripada 3,361 kes harian yang dilaporkan pada 26 April 2022:

  • Kategori 1: 1,256 kes (37.37%);
  • Kategori 2: 2,075 kes (61.74%);
  • Kategori 3: 11 kes (0.33%);
  • Kategori 4: 4 kes (0.11%); dan
  • Kategori 5: 15 kes (0.45%).

Daripada 3,471 kes harian yang dilaporkan pada 27 April 2022:

  • Kategori 1: 1,118 kes (32.21%);
  • Kategori 2: 2,326 kes (67.01%);
  • Kategori 3: 11 kes (0.32%);
  • Kategori 4: 8 kes (0.23%); dan
  • Kategori 5: 8 kes (0.23%).

*TIADA MAKLUMAT UNTUK 28 April 2022.

*TIADA MAKLUMAT UNTUK 28 April 2022.

Rekod kes sembuh untuk tempoh Rangkuman Mingguan ini:-

23 April (10,041), 24 April (10,223), 25 April (9,215), 26 April (9,484), 27 April (6,900), 28 April (tiada makumat) dan 29 April (tiada maklumat).

* kes kumulatif sembuh sehingga 27 April 2022 sebanyak 4,346,421 (97.9 peratus).

Rekod kes kematian:-

*BID = kes kematian di luar fasiliti kesihatan (iaitu hospital) dan dibawa ke Jabatan Forensik hospital; disahkan positif COVID-19 selepas ujian makmal PT PCr dijalankan.

23 April - 9 (BID 2), 24 April - 8 (BID 0), 25 April - 8 (BID 2), 26 April - 13 (BID 1), 27 April - 6 (BID 4), 28 April - 10 (BID 1) dan 29 April - 6 (BID 0).

*Jumlah kes kematian sehingga 29 April 2022, sebanyak 35,542 kes.

STATISTIK GLOBAL COVID-19

Statistik Terkini COVID-19 di Seluruh Dunia dan Ringkasan Kes COVID-19 di Malaysia. worldometers.info/coronavirus

Jumlah kes COVID-19 global terkini (worldometer) adalah sebanyak 512,830,834 (Rangkuman Mingguan lepas 508,573,314 dengan 6,259,110 kematian (minggu lalu 6,240,391 kematian). Kes pesakit sembuh sebanyak 466,634,879 kes berbanding 460,892,532 kes minggu lepas.

Sebanyak 226 negara/wilayah dilanda pandemik COVID-19 dan 10 buah negara teratas dalam kedudukan senarai ini adalah Amerika Syarikat, India, Brazil, Perancis, Jerman, United Kingdom, Rusia, Korea Selatan, Itali dan Turki.

Pecahan kes COVID-19 untuk 10 negara teratas dan (+rekod kes harian baharu) adalah seperti berikut:-

Amerika Syarikat 83,035,042 (+62,704);

India 43,073,973 (+1,487);

Brazil 30,433,042 (+14,122);

Perancis 28,595,803 (+52,919);

Jerman 24,704,597 (+96,523);

United Kingdom 22,038,340 (+7,332);

Rusia 18,174,991 (+7,710);

Korea Selatan 17,194,616 (+50,551);

Itali 16,409,183 (+58,861);

Turki 15,030,321 (+1,924).

Di Asia Tenggara, di samping Malaysia, negara lain iaitu Indonesia, Filipina, Vietnam, Thailand, Singapura, Myanmar, Laos, Kampuchea dan Brunei turut menyertai senarai 125 buah negara yang mencatat lebih 100 ribu kes COVID-19.

Pecahan kes kumulatif COVID-19 dan (+kes harian baharu) adalah seperti berikut:-

Vietnam di tangga 12 - 10,644,700 (+6,068);

Indonesia di tangga 18 - 6,046,467 (+395);

Malaysia di tangga 23 - 4,445,897 (+2,579);

Thailand di tangga 24 - 4,238,061 (+14,053);

Filipina di tangga 32 - 3,685,403 (+184);

Singapura di tangga 52 - 1,195,767 (+2,517);

Myanmar di tangga 78 - 612,864 (+21);

Laos di tangga 109 - 207,196 (+315);

Brunei di tangga 120 - 141,748 (+119);

Kampuchea di tangga 122 - 136,246 (+6).

-------------------------------------------------------------------------

LATAR BELAKANG COVID-19

-- Penularan wabak COVID-19 yang pada awalnya dipanggil virus Wuhan berlaku ketika masyarakat Cina di seluruh dunia termasuk di China membuat persiapan untuk menyambut perayaan Tahun Baru Cina.

-- Virus dikesan di Wuhan, ibu negeri wilayah Hubei, China pada 31 Dis 2019 selepas WHO dimaklumkan terdapat beberapa kes radang paru-paru di bandar tersebut.

-- WHO memberi nama rasmi virus "2019-nCoV" iaitu COVID-19, singkatan untuk Corona Virus Disease 19. Virus ini dilaporkan mempunyai komponen genetik yang paling serupa yang terdapat pada ular dan kelawar.

-- Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pada 11 Mac 2020 akhirnya melabelkan wabak penyakit COVID-19 sebagai pandemik.

-- WHO menyifatkan wabak penyakit COVID-19 sebagai 10 kali ganda lebih berbahaya daripada Influenza A H1N1atau lebih dikenali sebagai Selesema Babi (Swine Flu).

-- Kes pertama 2019-nCoV di Malaysia disahkan pada 25 Jan membabitkan tiga (3) warga China yang masuk ke Malaysia melalui Johor dari Singapura pada 23 Jan.

-- Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menetapkan empat VOC sebagai kebimbangan global iaitu United Kingdom (B.117), Afrika Selatan (B.1.351), Brazil (P.1) dan India (B.1.617).

-- WHO berikutnya mengumumkan varian COVID-19 akan dikenali menggunakan huruf Greek bagi mengelakkan mana-mana negara dikaitkan dengan stigma pandemik itu.

-- Variant of Concern (VOC) seperti berikut:- *varian Beta (B.1.351); *varian Alpha (B.1.1.7); dan *varian Delta (B.1.617.2), pertama kali dikesan di India pada penghujung tahun 2020.

-- Variant of Interest (VOI) seperti berikut:- *varian Theta (P.3); *varian Eta (B.1.525); dan *varian Kappa (B.1.617.1)

-- WHO mengumumkan kes VOC B.1.1.529 yang kemudiannya dinamakan Omicron pada 26 Nov 2021. Varian Omicron pertama kali dikesan di Wilayah Gauteng, Afrika Selatan.

-- Saintis di Institute IHU Mediterranee Infection, Perancis, mengenalpasti varian baharu pada penghujung November 2021, secara saintifik dikenali sebagai B.1.640.2 dengan mempunyai 46 mutasi dan menggelarkannya, IHU.

-- Israel mengesahkan kes pertama individu dijangkiti ‘Flurona’ iaitu kes Influenza dan COVID-19 secara serentak (2 Jan 2022).

Melati Mohd Ariff
BERNAMA





Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

MindaRakyat Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


Tiada ulasan