Header Ads

ads header

Flash News

Perang dalam PKR, anda pilih team mana?


Masih ramai kawan bertanya kenapa saya memilih Rafizi tetapi tidak sependapat dengan isu khemah besar.

Sebenarnya saya telah memberi penjelasan serba sedikit mengenainya. Saya pilih Rafizi kerana pilihannya ada dua iaitu Rafizi atau Saifuddin.

Tetapi bukan bermakna saya pilih Rafizi saya benci Saifuddin. Saya adalah peminat Saifuddin dalam memberi hujah-hujahnya di pentas ceramah. Bagi saya tugas Saifuddin sebagai Setiausaha Agung mesti dikekalkan.

Saifuddin ada tempat di hati orang Melayu semi bandar dan luar bandar. Manakala Rafizi di kalangan urban voters. Keduanya ada kelebihan masing-masing.

Saya memilih Rafizi selepas melihat kegagalan Pakatan Harapan terutama PKR dalam 4 PRN yang lalu. Saya kecewa seolah olah tiada ‘post morterm’ yang mempunyai data dan fakta yang jelas dilakukan oleh parti.

Semua main agak-agak sahaja. Malah tiada blueprint yang dilakukan sebaliknya penuh dengan alasan demi alasan hinggalah 4 PRN PKR tewas teruk.

Semua tidak mahu mengaku kegagalan mereka. Ada berhujah kerana soal logo. Jika saya Presiden jika logo menjadi salah satu faktor utama bermakna kita yang gagal memberi penerangan atau buat kerja untuk rakyat kenal.

Rafizi fokus pengundi atas pagar, Anwar dan Saifuddin runding kerjasama pembangkang
Saifuddin Nasution

Bila guna logo sendiri sama sahaja kalah teruk. So logo sebenarnya bukan isu. Bila saya komen isu penerangan gagal bukan bermakna saya benci Syamsul. Bagi saya Syamsul gagal di situ kerana latar belakang akademinya bukan sebagai orang penerangan.

Bukan juga bila saya kritik penerangan saya nak jawatan itu tetapi saya kritik sebab tidak mahu PKR terus tenggelam.

Ia satu fitnah yang jahat terhadap saya atau tidak profesional kerana sukar menerima pandangan atau kritikan.

Dalam bola sepak jika striker tidak perform, manager akan segera tukarkan dengan pemain lain kerana masa terus berjalan dan manager hanya ada 90 minit untuk mengubah keadaan. Itu yang patut dilakukan Presiden tetapi dengan meletakkan Syamsul ditempatnya dan bukan diketepikan begitu sahaja.

Tidak guna kita berlawan sesama sendiri. Jadi saya pilih Rafizi sebab dia ada strategi. Fokus menyerang Najib, menarik pengundi atas pagar dan anak muda itu sangat tepat. Ia pandangan yang sama saya sebutkan waktu di Bukit Gasing.

Pelancaran ‘Ayuh Malaysia’ sangat baik sebagai satu bentuk kempen bersepadu dan fokus kepada kelompok pengundi atas pagar yang mereka mengundi berdasarkan isu-isu semasa. Kempen bermakna promosi yang jitu perlu dilakukan.

Kenapa saya tidak bersetuju dengan pandangan Rafizi tentang khemah besar? Strategi saya adalah lebih baik kita berunding walaupun berisiko. Risiko tetap ada sama ada dengan parti pembangkang yang lain mahupun komponen PH, malah dari MP PKR sendiri. Ada jaminan DAP atau AMANAH tidak akan khianati?

Malah sejarah membuktikan pengkhianatan dilakukan oleh Tim Presiden PKR dan Ketua Wanitanya sendiri. Kita menolak Mahathir tetapi kita perlu berunding dengan Bersatu dan Pas untuk menidakkan kemenangan BN untuk PRU15.

Bagi saya strategi Rafizi akan memakan sedikit masa. Biar ‘2 in 1’ Rafizi fokus kepada pengundi atas pagar dan pengundi muda, manakala Anwar dan Saifuddin berunding untuk kerjasama dengan pembangkang kecuali dengan parti Mahathir.

Strategi ini diakui pemimpin-pemimpin Umno jika kita bekerjasama sesama pembangkang. BN akan tewas pada PRU15.
Bukan saya malas tetapi saya tidak mahu kesannya lebih besar kepada rakyat. Dalam keadaan BN belum menjadi kerajaan mutlak mereka sudah menunjuk kuasa, apatah lagi bila mereka menjadi kerajaan.

Saya mahu kita kerjasama kerana saya tidak mahu Rafizi ke dalam penjara. Lihatlah apa terjadi kepadanya dan Anwar bila BN berkuasa. BN tahu gabungan Anwar dan Rafizi mampu menggugat mereka kerana keduanya adalah fighter.

Anwar disumbatkan ke penjara dan Rafizi didakwa dengan pelbagai kes di mahkamah. Akhirnya suara keduanya tidak kedengaran di Parlimen.

Dalam tempoh beberapa bulan mereka menjadi kerajaan ratusan bilion wang rakyat dibelanjakan begitu sahaja, Najib sangat berleluasa, kes-kes korupsi terlepas begitu sahaja dan bermacam-macam lagi. Sanggupkah rakyat berdepan dengan 1,800 hari lagi? Belajarlah pengalaman ngeri kita di bawah BN.

Jadi pendirian saya adalah lebih baik kita mengambil risiko untuk perancangan masa pendek daripada kita pastinya menjadi pembangkang untuk 1,800 hari lagi.

Life is full of risks. No matter what u do u have to take risks.

Dalam tempoh 1,800 hari jika kita menjadi sebahagian dari kerajaan, kita fokus untuk kembalikan keyakinan rakyat terutama golongan pengundi atas pagar dan anak muda.

Rafizi adalah individu yang sesuai menjalankan tanggungjawab tersebut dan boleh terus fokus menambat kenyakinan rakyat. Apatah bila jadi kerajaan Rafizi lebih mudah menggunakan media kerajaan untuk menyampaikan mesej-mesejnya.

Kita jangan ulangi kesilapan lalu iaitu tidak melayani isu popular rakyat. Bila menjadi kerajaan kita kena mendidik rakyat perlahan-lahan seperti kita menasihati anak-anak kita.

Dalam agama pun Allah ajar kita melalui kisah Nabi Musa yang diminta bercakap lemah lembut dengan Firaun. Jangan ulangi kisah menghalang merokok di kedai makan hanya baru beberapa bulan menjadi kerajaan. Rakyat atau pengundi ini ibarat customer kita yang perlu dilayan dengan berhemah dan dididik perlahan-lahan.

Jadi jelas kenapa saya memilih Rafizi. Pertama saya tidak mahu Rafizi dipenjarakan dan kedua saya mahu melihat ada keseimbangan kerana sebelum ini DS Anwar seperti lone ranger dalam berperang dengan lawan, menyeranglah dia, pertahankan diri bila diserang pun, di mana pemimpin PKR yang lain?

Berbeza sedikit pandangan dengan Rafizi itu perkara biasa. Kita raikan perbezaan. Cuma pesanan saya kepada Rafizi agar lebih terbuka perbincangan sesama pemimpin kerana hidup dalam organisasi ini kadang-kadang kita perlu sedikit bertolak ansur. Anda adalah pemimpin masa depan negara.

Siapa menang atau kalah pada pemilihan nanti ia adat pertandingan asalkan kita sesama kita yang bencikan rasuah ini jangn bermasam muka hingga melemahkan parti.

Jebat pernah berkata kepada Tuah, andai Tuah bersama dengannya negeri Melaka akan ditawan. Jadi kita mahukan gabungan Anwar dan Rafizi akan menjadi parti kita lebih kuat tanpa menidakkan tokoh-tokoh lain di dalam parti.

We are all Tuah & Jebat.





Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

MindaRakyat Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


Tiada ulasan