Header Ads

ads header

Flash News

Dalang utama paksa KM Melaka berundur telah dikenal pasti


Selepas Timbalan Ketua Umno Melaka Ali Mohamad, menafikan dakwaan Sulaiman Md Ali dipaksa menandatangani surat peletakan jawatan, kini ada pula pimpinan tinggi negeri, percaya wujud ‘dalang’ memaksa ketua menteri itu berundur.

Pemangku Ketua Umno Bahagian Alor Gajah Rospandi Leman, berkata beliau tidak menafikan ada paksaan pihak tertentu supaya Sulaiman menandatangani surat itu, dalam masa terdekat.

Rospandi bagaimanapun tidak mahu mendedahkan pihak yang dikatakan menjadi dalang dalam isu berkenaan.

“Yup, yes (ya). Awak pun tahu ler dalang,” katanya menurut laporan Berita Harian.

Sementara itu, Ketua Umno Bahagian Hang Tuah Jaya Mohd Ridhwan, pula berkata, Barisan Nasional (BN) Hang Tuah Jaya sebelum ini sudah bersetuju untuk berpegang kepada janji yang dinyatakan dalam manifesto BN Melaka pada pilihan raya negeri (PRN) lalu, yang menamakan Sulaiman selaku ketua menteri Melaka.

“Kita berpegang dengan janji yang dibuat kepada rakyat Melaka itu, namun isu paksaan supaya Sulaiman menandatangani surat untuk melepaskan jawatan dalam tempoh terdekat di luar pengetahuan saya,” kata laporan itu.

Dalam pada itu, Ketua Umno Bahagian Kota Melaka Abdul Razak Abdul Rahman, ketika dihubungi enggan mengulas dakwaan terbabit, manakala ketua Umno Bahagian Jasin Hasan Abd Rahman, pula akan mengeluarkan kenyataan berhubung isu berkenaan dalam tempoh terdekat.

Semalam, Ali yang juga Ketua Umno Bahagian Tangga Batu, dilaporkan berkata, lima Ketua Umno bahagian di Melaka sebulat suara mempertahankan Sulaiman sebagai ketua menteri sehingga habis penggal.

Bagaimanapun menurut sumber ‘dalang’ utama ini telahpun menyusun pasukannya dan menaja bakal-bakal calon Ketua UMNO untuk melawan Ketua yang sedia ada.

“Dalang yang dimaksudkan juga merupakan individu yang ingin menjadi Ketua Menteri Melaka” kata sumber itu lagi.





Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

MindaRakyat Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


1 ulasan:

  1. Testimoni saya tentang bagaimana saya menjadi ahli Illuminati. Saya ingin tahu orang yang ingin menyertai Illuminati hebat sebagai ahli hebat Illuminati yang mahukan saya sebagai ahli hebat. Namanya ialah Lord Felix Morgan. Bantu saya memulihkan hidup saya dari peringkat kematian. Dilepaskan selepas kira-kira 5 tahun dan enam bulan. Selepas dikhianati oleh begitu ramai ahli Illuminati. Selama bertahun-tahun saya putus asa dan kewangan di lapangan. Tetapi pada suatu hari ketika melayari internet, saya terjumpa posting oleh Ahli Besar Illuminati Lord Felix Morgan dan mengatakan bahawa jika anda adalah salah seorang ahli Illuminati yang hebat, anda boleh menjadi terkenal, kaya dan berjaya dalam hidup. Saya menghubunginya dan saya menerangkan segala-galanya kepadanya dan dia mengesyorkan pendaftaran yang digunakan dan saya membayar ahli besar untuk memulakan saya dan saya telah dimulakan ke dalam World Order of the Illuminati. Selepas itu, mereka memberikan saya semua garis panduan dan memberitahu saya bahawa selepas permulaan ahli baharu akan diberi ganjaran wang tunai sebanyak $1,000,000. Dengan bantuan Lord Felix Morgan. Saya telah dimulakan sepenuhnya sebagai ahli penuh Illuminati. Jika nasihat anda ialah anda pernah mencuba penipu sebelum ini atau sedang, terpulang kepada saya untuk membantu anda sertai jadi cuba Lord Morgan. Ini adalah peluang terbaik anda untuk menjadi apa yang anda inginkan dalam kehidupan masa depan anda. Hubungi beliau melalui WhatsApp +2348056051569 atau e-mel: Illuminatiofficial565@gmail.com

    BalasPadam