Header Ads

ads header

Flash News

Ramai Ulama Tapi Kurang Syura Di Kalangan Ulama – Dr Nazmi Bin Desa


KUALA LUMPUR,
04 Mei 2022 – Dr Nazmi Bin Desa mengatakan bahawa kita tidak kekurangan ulama sebaliknya kita kekurangan syura dalam kalangan ulama.

Menurutnya, para ulama perlu dikumpulkan bagi membincangkan dan mengharmonikan apa jua isu yang dijadikan sebagai kekuatan agar ia menjadi benteng kepada umat Islam.

Malah, ulama seharusnya mempunyai majlis syura bebas yang menghimpunkan ulama dari pelbagai aliran dan bidang yang turut boleh menjadi sumber kekuatan.

Katanya, dengan adanya majlis syura itu yang membolehkan para ulama duduk bersama, banyak masalah yang dapat dirungkaikan.

Mengulas lanjut, di samping menghimpunkan ulama yang terdiri daripada pelbagai aliran cabang, ulama juga perlu bersuhbah dengan kaum wanita kerana mereka merupakan separuh daripada masyarakat dan benteng kekuatan wanita itu sendiri perlu dioptimumkan dan dimaksimakan.

“Kalau kamu membinakan dan menyediakan kaum wanita dan ibu, kamu menyediakan umat kesemuanya,” ujarnya. - samudera.my





Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

MindaRakyat Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


Tiada ulasan