LUMUT:
Ibarat dalam filem aksi, seorang lelaki bertindak nekad melarikan kereta
isteri orang dan melanggar lampu isyarat, merempuh sebuah kenderaan
polis yang menghalangnya.serta cuba melarikan sebuah motosikal sebelum
ditahan dalam pergelutan dengan anggota polis pagi ini.
Ketua Polis Daerah Manjung, Asisten Komisioner Nor Omar Sappi
berkata, terdahulu suspek berusia 31 tahun menghubungi wanita berusia 34
tahun yang dikenalinya melalui aplikasi Wechat sejak empat bulan lalu
pada pukul 7.30 pagi bagi meminta bantuan.
Menurutnya, suspek meminta wanita itu yang bekerja sebagai juruwang
mengambilnya di sebuah premis di Sitiawan dan dia ke situ dengan menaiki
sebuah kereta.
Wanita itu turut meminta suaminya mengekorinya secara berasingan kerana bimbang keselamatan diri.
“Sebaik sahaja tiba, suspek mahu memandu kereta wanita itu dengan
alasan ada orang sedang mengejarnya sebelum lelaki itu menyedari
kehadiran suami wanita itu dan rakannya dalam kereta lain,” katanya
dalam kenyataan hari ini.
Menurut Nor Omar, suspek memandu kereta mangsa menghala ke Seri
Manjung dalam keadaan berbahaya dan enggan berhenti apabila diarahkan
oleh kereta peronda polis yang berada berhampiran.
Jelas beliau, suspek bukan sahaja tidak mahu memberhentikan kereta, sebaliknya terus memecut dan melanggar isyarat lalu lintas.
Katanya, sebaik sahaja tiba di hadapan bangunan Toyota Seri Manjung,
kenderaan peronda polis bertindak menghalang jalan, namun suspek
melanggar sebuah kenderaan polis dan terus memecut laju.
“Apabila tiba di hadapan sebuah restoran, suspek menghentikan kereta
dan cuba pula mengambil motosikal milik seorang wanita tetapi gagal,
memaksa dia kembali masuk ke dalam kereta.
“Anggota polis yang tiba cuba menahan suspek dan berlaku pergelutan sebelum lelaki itu ditahan,” jelasnya.
Menurut beliau, siasatan awal punca kejadian adalah kerana suspek
menyangka suami dan rakan suami mangsa adalah pemungut hutang berikutan
dia sebelum ini telah beberapa kali melarikan diri kerana masalah
hutang.
Nor Omar memberitahu, suspek yang juga penganggur mempunyai dua rekod
kesalahan lampau membabitkan penyalahgunaan dadah manakala saringan
awal air kencing mendapati suspek positif methamphetamine.
“Suspek disiasat di bawah Seksyen 498 Kanun Keseksaan iaitu memikat
atau membawa pergi atau menahan seorang wanita bersuami dengan niat
jenayah.
“Suspek disiasat mengikut Seksyen 188 kanun sama kerana mengingkari
suatu perintah yang diisytiharkan oleh seorang penjawat awam serta
Seksyen 186 juga kanun sama kerana menggalang penjawat awam dalam
menjalankan tugas,” ujarnya. – UTUSAN
Ini adalah testimoni saya tentang bagaimana saya akhirnya menyertai orde baru dunia, Illuminati selepas saya cuba untuk menyertai selama lebih 2 tahun sekarang tetapi penipu mengambil wang daripada saya beberapa kali. Saya telah mencari untuk menyertai Illuminati sekian lama, tetapi penipu terus mengambil wang saya sehingga awal tahun ini apabila saya bertemu dengan Lord Felix Morgan dalam talian, saya menghubunginya dan saya menerangkan segala-galanya kepadanya dan dia mengesyorkan pendaftaran yang digunakan dan saya membayar untuk ahli besar untuk membantu saya bermula dan saya telah dimulakan ke dalam World Order dan saya menerima sejumlah $4,000,000 dolar AS selepas permulaan saya dilakukan. Saya sangat gembira! Dan berjanji untuk menyebarkan kerja baik Lord Felix Morgan. Jika anda berminat untuk menyertai Illuminati orde dunia baharu hari ini, hubungi Lord Felix hari ini dia adalah peluang terbaik anda untuk mendapatkan keahlian kepada illuminati yang sentiasa anda inginkan. Hubungi Lord Felix Morgan E-mel: Illuminatiofficial565@gmail.com atau Whatsapp +447918641801
BalasPadam