Header Ads

ads header

Flash News

SPRM Tahan Datuk Disyaki Lindungi Pemalsuan Cukai Jualan Minyak Sawit


KOTA KINABALU
: Seorang lelaki bergelar Datuk ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), hari ini bagi membantu siasatan kes terima rasuah bagi melindungi aktiviti pemalsuan cukai jualan minyak sawit.

Penahanan itu susulan tangkapan terhadap seorang pegawai kanan jabatan dan seorang pesara kerajaan yang diberkas SPRM berkaitan kes yang sama, Rabu lalu.

Dua suspek terbabit dipercayai menerima rasuah berjumlah kira-kira RM700,000 daripada sebuah syarikat kilang sawit.

Wang rasuah itu dipercayai sebagai balasan kepada suspek untuk melindungi aktiviti pemalsuan pengisytiharan cukai jualan minyak sawit mentah pada setiap bulan kepada Kementerian Kewangan (MOF) Sabah.

Sumber SPRM berkata, ‘Datuk’ berusia 66 tahun yang merupakan bekas penjawat awam itu ditahan di pejabat SPRM Sabah, di sini, kira-kira jam 4 petang tadi ketika hadir memberi keterangan.

Pengarah SPRM Sabah S Karunanithy ketika dihubungi mengesahkan tangkapan itu dan berkata kes disiasat mengikut Seksyen 17 (a) Akta SPRM 2009.

Katanya, permohonan reman terhadap suspek dijangka dibuat di Mahkamah Majistret, di sini, esok. – FMT





Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

MindaRakyat Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


Tiada ulasan