Header Ads

ads header

Flash News

Tiada pilihan lain, ratusan penumpang terpaksa beraya di atas feri


KUALA KEDAH:
Berikutan tarikh sambutan Hari Raya Aidilfitri yang jatuh hari ini, sebilangan besar umat Islam yang meraikannya di Malaysia tidak sempat membuat persiapan sewajarnya.

Bukan hanya tidak melakukan persiapan, bahkan, ada juga sebilangan perantau yang terlepas peluang berhimpun bersama keluarga di pagi 1 Syawal kerana terlewat pulang ke kampung halaman.

Tinjauan Astro AWANI di Terminal Jeti Kuala Kedah pada tengah hari tadi mendapati masih terdapat sejumlah perantau yang terpaksa menyambut lebaran dalam perjalanan menemui keluarga.

Beberapa orang yang ditemui mengakui, mereka juga seperti sebilangan besar umat Islam lain di Malaysia yang menjangkakan Hari Raya Aidilfitri akan disambut pada 3 Mei (esok).

Antaranya ialah jururawat Rusliza Ramli, 43, yang amat ralat kerana tidak berpeluang berbuka puasa bersama keluarga tercinta di Langkawi.

Dia sekeluarga seramai enam orang terpakda redha menerima takdir sambut Aidilfitri dalam perjalanan sesuatu yang tidak pernah dijangkanya akan berlaku.

“Ingatkan Selasa (raya) alih-alih beraya atas jalan, (kami) satu famili semua enam orang, saya beli tiket (feri) 15 April lalu (secara) online takut sebab tiket habis. Sedih juga sebab ingat sempat buka puasa di kampung dengan keluarga," kata Rusliza.


Bagi pembantu kedai, Mohamad Shahril Anuar Yasin, 25, dia juga sudah membeli tiket perjalanan pulang ke kampung halaman sejak sebulan lalu dengan harapan dapat menyambut lebaran bersama keluarganya.

Namun, seperti orang lain, Mohamad Shahril juga tidak ketinggalan daripada menerima kejutan apabila rupanya Hari Raya Aidilfitri disambut hari ini.

“Terkejut sebab banyak barang tidak beli lagi dan terkejut juga sebab fikir bila balik (kampung) bolej berehat sekejap, tapi kali ini balik terus beraya,” ujarnya.

Sementara itu, bagi penumpang yang membeli tiket untuk bercuti di Pulau Langkawi pula terpaksa meneruskan rancangan asal meskipun tarikh perjalanan jatuh pada hari raya pertama.

Menurut mereka, kerugian yang lebih besar terutama membabitkan tiket feri dan tempahan hotel akan ditanggung sekiranya mereka mengambil keputusan untuk membatalkan rancangan awal yang dibuat.
Antara yang terkesan dengan perubahan tarikh sambutan Aidilfitri itu ialah seoran peniaga Mas Aniza Abdullah, 42.

Kata Mas Aniza, dia tidak mempunyai pilihan selain terpaksa meneruskanm hasrat percutian mengikut rancangan sedia ada.

Jika mahu membatalkan rancangan itu, ujar Mas Aniza, tindakan itu akan melibatkan kos kerana semua pembiayaan sudah dilunaskannya.

Nur Elyshia Karlina Shahrol Nizam, 25, yang juga pelajar jurusan perubatan pula memakai baju raya dan menaiki feri pada pukul 12.30 tengah pulang ke kampung halaman kerana itu sahaja pilihan yang ada.

"Tiket (feri) beli pada puasa pertama lagi, saya sangka raya esok, jadi hari ini macam kalut sikit dan saya buat keputusan pakai baju raya untuk naik feri,” katanya.

Sementara itu, Pengurus Sumber Manusia dan Operasi Konsortium Ferry Line Ventures, Kapten Baharin Baharom ketika dihubungi Astro AWANI memaklumkan, tiket perjalanan feri dari Kuala Kedah ke Langkawi telah habis dijual sebelum pukul 1 tengah hari tadi manakala perjalanan dari Langkawi ke Kuala Kedah pula hanya berbaki kira-kira 300 tempat duduk.

Menurutnya, kebanyakan tempahan tiket dibuat lebih awal terutama pada permulaan bulan Ramadan melalui pembelian secara atas talian.

Tambah beliau, untuk hari ini sahajam sebanyak lima perjalanan feri dari Kuala Kedah ke Langkawi melibatkan 2,243 penumpang manakala enam perjalanan dari Langkawi ke Kuala Kedah melibatkan 2,348 penumpang.




Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

MindaRakyat Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


Tiada ulasan