Header Ads

ads header

Flash News

Yang kalah juga ada tempat dalam parti kata Saifuddin


Adakah Saifuddin mengatakan yang kalah akan ditempatkan dalam parti untuk Rafizi. Ada yang berpendapat bahawa itu adalah untuk dirinya kerana ada jaminan daripada pihak 'berkuasa' dalam PKR yang mahu Saifuddin ada dalam parti walaupun dia kalah bagi mengimbangi kuasa penentu dalam PKR. Kita sama-sama lihat permainan politik dalam PKR.

.......

Calon timbalan presiden PKR Saifuddin Nasution Ismail memberi bayangan bahawa pencabarnya Rafizi Ramli akan tetep memunyai tempat dalam parti meskipun kalah dalam pemilihan..

Saifuddin menekankan bahawa Rafizi merupakan aset kepada PKR dan mempunyai bakat dan kualiti kepimpinan.

"Dalam perkara tentang pemilihan kali ini saya yakin ia tidak akan mengulangi episod pemilihan lepas di mana pemenangnya meninggalkan parti dan kemudiannya, yang kalah pula mengambil keputusan untuk berehat sementara.

"Kali ini apa pun keputusan pemilihan, saya yakin yang menang akan terus berkhidmat, manakala yang kalah juga ada tempat dalam parti.

"Dalam hal ini saya melihat tidak ada sebarang masalah, di antara saya dengan Rafizi. Saya yakin kami mampu berganding bahu untuk membantu mempersiapkan parti menghadapi pilihan raya dengan memanfaatkan kekuatan masing-masing," katanya kepada Malaysiakini.

Rafizi Ramli

Saifuddin berkata demikian ketika ditanya apakah dia sedia menerima Rafizi selepas memenangi pemilihan jawatan timbalan presiden PKR.

Pemilihan PKR akan diadakan bermula 13 hingga 22 Mei.

Rafizi akan berdepan Saifuddin dalam pertarungan satu lawan satu.

Rafizi sebelum ini bertanding jawatan timbalan presiden PKR semasa pemilihan PKR pada 2018, namun kalah tipis kepada Azmin Ali.

Azmin sejak itu telah berpaling tadah kepada Bersatu.

Selepas pemilihan itu, Rafizi menarik diri daripada aktiviti politik untuk fokus kepada perniagaan.

Azmin bersama penyokongnya termasuk 10 ahli parlimen meninggalkan PKR dan menyertai Bersatu menerusi 'Langkah Sheraton' yang seterusnya menyebabkan kerajaan Pakatan Harapan (PH) tumbang.

Sementara itu, Saifuddin berkata bahawa pemilihan PKR kali ini lebih “mesra”.

"Saya nak tekankan bahawa pemilihan jawatan timbalan presiden PKR dalam pemilihan kali ini di antara saya dengan Rafizi adalah pemilihan mesra. Saya selalu ulangi Rafizi adalah sahabat saya.

"Saya membawa pengalaman dan kemahiran sedikit sebanyak dan Rafizi kaya dengan idea dan kreatif dan kami mampu menangkap imaginasi yang kuat dikalangan rakyat.

"Saya fikir, ia adalah gabungan yang sempurna," katanya.

Tambahnya, apa jua keputusan parti bagi jawatan timbalan presiden, dia dan Rafizi mampu untuk terus berada dalam PKR dan menyumbang sedaya upaya untuk memperkuatkan parti menghadapi pilihan raya umum.





Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

MindaRakyat Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


Tiada ulasan