Header Ads

ads header

Flash News

Islam 'sokmo', Terengganu pindah pekerja seni langgar syariat


KUALA TERENGGANU, 18 Mei — Kakitangan awam Terengganu yang terlibat dalam aktiviti seni dan budaya tidak bercirikan Islam, akan diserap ke jabatan lain, kata exconya.

Ariffin Deraman berkata pihaknya sedang menyemak kelulusan pendidikan staf tersebut supaya ditempatkan ke jabatan atau bahagian bersesuaian, lapor Berita Harian.

“Kerajaan negeri akan mengubah aktiviti kesenian kepada yang bercirikan Islam,” tegas pengerusi jawatankuasa pelancongan, kebudayaan dan teknologi maklumat.

“Mana-mana kakitangan yang sebelum ini bertugas dalam aktiviti seni yang tidak dibenarkan contohnya penari wanita akan diserap ke tempat lain.”

“Kita akan semak dulu kelulusan pendidikan mereka supaya dapat dipindahkan ke bahagian yang bersesuaian dengan kelulusan.”

Pada masa yang sama, beliau menafikan desas desus pekerja “ad-hoc” kesenian bakal ditamatkan kontrak, tetapi kerajaan negeri belum memutuskan status mereka lagi.

“[Kita] akan meneliti dulu segala yang berkaitan sebelum mengambil keputusan,” katanya, yang akan mengkaji beberapa produk pelancongan demi mencatatkan keuntungan.


......
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
https://telegram.me/mindarakyat
https://www.facebook.com/Mindarakyat

2 ulasan:

  1. apa2 yg berkaitan dgn islam yg berpandukan quran n hadis memang ramai yg tak baca n komen.. so biag pas jadi pembangkang sampai kiamat tapi kita berpegang pd islam sebenar.. takbir..

    BalasPadam
  2. ISLAM AKAN MENANG... BUKAN DIDUNIA.. AKAN MENANG DIAKHIRAT ...

    BalasPadam