Header Ads

ads header

Flash News

16 tahun Dato' Haji Fadzil Mohd Noor meninggalkan kita


" ... kalau boleh saya tak nak berhenti bercakap sebab saya berucap dengan orang yang saya kasihi dan saya sayang! " -- Diucap oleh Almarhum Ustaz Fadzil Mohd Noor ketika majlis penutupan Muktamar PAS ke-48, muktamar yang terakhir sebelum beliau menghembuskan nafasnya terakhir.

Ustaz... kalau boleh, aku juga tidak mahu berhenti dari mendengar kata-kata 'mutiara' da'wahmu kerana ia amat terkesan di jiwa ini...  Akan aku bekalkan ianya buat anak-anak dan generasiku.

Saya selalu berpesan pada anak-anak saya jadilah orang berilmu sepertinya, walaupun ustaz telah pergi meninggalkan kita, tetapi ilmunya tetap hidup subur untuk menerangi hati-hati kita dan insan yang memerlukannya... Al-Fatihah

Dato' Haji Fadzil bin Mohd Noor (حاج فاضل بن محمد نور) (lahir: 13 Mac 1937, meninggal: 23 Jun 2002) merupakan seorang tokoh Ulama' yang tersohor.

Beliau dilahirkan di Alor Setar, Kedah. Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu Derga, Alor Setar dan Maktab Mahmud pada tahun 1951 sebelum melanjutkan pelajaran ke Universiti Al Azhar, Mesir tajaan biasiswa kerajaan Kedah pada 1963 hingga 1967.

Sekembalinya dari Mesir beliau mengajar di Maktab Mahmud dan kemudian sebagai pensyarah di Universiti Teknologi Malaysia (UTM).

Ustaz Fadzil Noor pernah menjadi Setiausaha Persatuan Ulama Malaysia (1974-1976), Setiausaha Penerangan ABIM (1973-1974) dan Timbalan Presiden ABIM (1974-1978).



MR : PAS silih berganti kepimpinan, setiap mereka mempunyai keistimewa sesuai dengan zamannya. Jangan kita taasub atas seorang kepimpinan kerana perjuangan perlu diteruskan oleh mereka yang hidup dengan waqi' yang berbeza. Ustaz fadzil adalah titik-titik dalam perjalanan ....


............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

Tiada ulasan