Header Ads

ads header

Flash News

Pemilihan Puteri Umno Bukit Bintang kecoh, perwakilan diludah


Mesyuarat dan Pemilihan Puteri Umno Bahagian Bukit Bintang dicemari dengan insiden pergaduhan antara beberapa anggota Puteri dan Wanita Umno di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), di Kuala Lumpur, hari ini.

Kekecohan berlaku ketika proses pengiraan undi sedang berjalan.

Ia dipercayai bermula apabila ada individu secara tiba-tiba meludah salah seorang perwakilan yang hadir dalam majlis tersebut.

Pergaduhan itu berlaku kira-kira 10 minit sebelum berjaya dileraikan.

Menurut seorang perwakilan, kejadian berlaku apabila pintu bilik pengiraan undi tiba-tiba ditutup.

Katanya timbul rasa tidak puas hati beberapa pihak sehingga berlaku provokasi yang menyebabkan keadaan bertukar kecoh.

"Saya pelik kenapa pintu bilik undi tiba-tiba ditutup? Seharusnya ia dibuka bagi kesemua orang dapat melihat proses itu dijalankan secara telus,” katanya.

Seramai 74 perwakilan hadir ke mesyuarat dan pemilihan Puteri bahagian tersebut.

- Bernama


MR : UMNO dikatakan oleh Mahathir sendiri busuk ke usus....


............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

2 ulasan:

  1. Dalam keadaan "sakit" pun boleh gaduh rebut jawatan. Masih tak sedar diri. Bilalah nak insaf?

    BalasPadam
  2. MR : UMNO dikatakan oleh Mahathir sendiri busuk ke usus....

    Anwar kata bukan semua begitu.

    Sejarah menunjukkan apabila UMNO diterajui oleh PM ke 4 saja baru UMNO menjadi tempang ... Perpecahan demi perpecahan ... UMNO biasa di haramkan dan di hidupkan semula oleh orang yang sama.

    BalasPadam