Header Ads

ads header

Flash News

Siti Kasim Ditahan Polis, Atas Dakwaan Menculik


KUALA LUMPUR – Peguam kontroversi, Siti Zabedah Kasim ditahan pihak polis atas dakwaan menculik dan menghalang pihak berkuasa menjalankan tugas.

Tangkapan yang disiarkan secara langsung melalui aplikasi Facebook itu, dikatakan berhubung dengan seorang gadis yang merupakan anak guam Siti.

Keluarga gadis itu sebelum ini dikatakan telah membuat satu laporan polis mendakwa anaknya yang “tidak stabil secara mental” dan “akidahnya dipersoalkan” telah hilang dari rumah.

Melalui klip video tersebut, Siti mendakwa pihaknya hanya ingin menyelamatkan gadis tersebut dari ibunya yang gila.

Siti yang juga merupakan aktivis itu dikatakan telah mengurung anak guamnya secara paksa.

Seorang gadis yang dipercayai anak guam kepada Siti, kemudiannya dilihat menjerit dari bilik sebelah sambil mendakwa dia tidak di culik.

Siti kemudiannya berkata akan memaklumkan perkara tersebut kepada Ketua Polis Negara sambil menuduh pihak polis gagal menjalankan tugas seperti yang diperuntukkan melalui undang-undang.

Pihak polis bagaimanapun bertegas untuk menahan Siti dengan mengunakan gari namun dibantah atas alasan pihaknya akan memberikan kerjasama.

Rakan kepada Siti turut mempersoalkan tindakan tersebut sebelum pihak polis mengarahkan mereka keluar bagi membolehkan siasatan dijalankan.

Sebelum ini, dalam kenyataan di Facebook Khamis lalu, Siti mendakwa anak guamnya meninggalkan rumah ibu-bapanya kerana “takut” dengan ibunya.

Siti juga mendakwa anak guamnya “diperangkap” oleh Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) dan polis yang “menunggu untuk menangkap” anak guamnya.


MR : Siti Kasim seorang peguam yang tak tahu undang2 bawah umor?....


............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

3 ulasan:

  1. tempat berlindung sementara yang terbaik buat remaja bawah umur yang 'lari' dari jagaan pihak yang sah adalah sedara terdekat atau JKM. period

    BalasPadam
  2. Siti Kassim bukannya peguam. Dia belajar kat UK tapi sangkut. Dia hanyut kat UK akibat jatuh cinta dengan seseorang kemudian ditinggalkan. Takde duit takde rumah akhirnya jumpa geng kristian pergi menolongnya dan berjaya ubah aqidah dia.
    Dia akan berhujah tenyang agama menggunakan akal yang cetek dan pramatang seperti :
    1. Kalau Tuhan Maha Pengasih mengapa diciptanya Neraka ?
    2. Allah Maha Pengampun jadi sudah tentunya semua manusia akan masuk syurga.
    3. Allah berasal dari getaran.

    Dan banyak lagi. Memang sepatutnya dia di tahan JAIS

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ko pun sama, ko keluarkan soalan tetap tidak memberi jawapan. Ini akan menjadikan pembaca keliru.

      So aku harap mana2 ustaz dapat mengupas Persoalan 2 di atas dan jawapannya sekali.


      Padam