Header Ads

ads header

Flash News

Kerisauan Pimpinan Baru Negeri Melaka


Memang jika tiada pengalaman , belajar adalah sesuatu resepi yang terbaik dalam sesuatu bidang yang diceburi atau jawatan yang baru disandang.

Ibarat Katak hendak menjadi Lembu kata peribahasa Melayu yang kaya dengan maksud yang tersirat.

Hati-hati rakan disebelah dalam pimpinan. Jangan kerana dek keseronokan menang dan kuasa ditangan hingga terlupa agenda perjuangan.

Exco2 yang baru serta muda yang tiris pengalaman tetapi mungkin pandai mengira wang yang banyak ini diharap jangan malu bertanya dengan pimpinan parti pembangkang tentang sambungan  agenda yang belum selesai , Cara mengurus , mereformasi dasar baru serta mencari idea-idea baru dalam membangunkan Negeri Melaka.

Mungkin rakan disebelah dalam komponen terhidu-hidu peluang dan ruang dalam ruang  lingkup exco tertentu' untuk agenda parti , peribadi serta bangsa mereka harus menjadi kuatir dalam diri.

Mungkin mereka ada penasihat hebat tapi kita hanya bergerak sendirian dan akan membuat banyak kesilapan dalam memberi keputusan.

Hati-hati dan belajar serta jangan genggam ego dalam diri. Majukan negeri , ubah yang mana tidak baik kepada yang baik.

Semoga Melaka terus Maju dan Berwibawa . Pintar Hijau Bersih

Anak Melaka Tengah

......
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
Whatsapp MR
Telegram MR
Facebook MR

# Boleh pilih (klik) nak komen guna facebook atau blogger

Tiada ulasan