Header Ads

ads header

Flash News

Kerajaan negeri Terengganu sedia taja tangan palsu Adik Khumaira


KUALA LUMPUR: Kerajaan Terengganu bersetuju menaja tangan palsu buat Adik Nur Zulaikha Khumaira Zulkifli yang terputus tangan kiri hingga paras bahu dalam satu kemalangan baru-baru ini di Binjai Bongkok, Marang.

“Kerajaan Negeri Terengganu berbesar hati bersetuju untuk menaja tangan palsu buat Adik Khumaira,” ujar Menteri Besar, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar menerusi laman sosial Facebook beliau, pagi ini..

Beliau juga akan meluangkan masa untuk menziarahi Nur Zulaikha Khumaira, 7, dalam masa terdekat.

“Semoga sumbangan yang tidak seberapa ini dapat membantu beliau meneruskan kehidupan seperti biasa,” katanya lagi.

Dr Ahmad Shamsuri berharap Adik Khumaira dan keluarga tabah dan cekal menerima dugaan yang berat itu.

 Tangan Adik Khumaira putus apabila baju sejuk yang dipakainya tersangkut pada rim motosikal yang diboncengnya dalam kejadian kira-kira jam 9.30 malam kelmarin.

Media melaporkan pembedahan untuk menyambungkan tangannya di Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu tidak berjaya berikutan keadaan anggota badan itu yang cedera teruk. – HARAKAHDAILY 14/7/2018


MR : Kerajaan Terengganu harus pergiatkan lagi usaha untuk kebajikan rakyat dalam semua aspek....


............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

BANNER IK :

1 ulasan:

  1. Alhamdulillah..
    Lagi byk kita buat kebajikan kat rakyat, lagi banyak Allah limpahkan keberkatan kpd kita.. InsyaAllah.. Kipidap...

    BalasPadam