Header Ads

ads header

Flash News

PRK Sungai Kandis: Indikator Kekecewaan Rakyat?


“Manifesto bukan janji.”
“Manifesto bukan kitab suci.”
Ya. Berkatalah apa sahaja kerana rakyat memang bodoh pada pandangan kamu. Dalam  hati , kamu pun sedar bahawa hanya orang bodoh sanggup mengundi PH. Dulu kamulah yang kata UMNO dihuni oleh orang-orang bodoh. Orang bijak pandai sudah lari kepada pembangkang. Lebih tepat mereka sudah lari kepada PAS. Orang PAS kamu gagal perbodohkan. Kamu hanya mampu memperli mereka sebagai lebai.

Kamu tahu bahawa kemenangan PH adalah terletak pada huruf “F”. Kamu hanya berjaya dengan politik FITNAH. Kamu berjaya menggagalkan PAS/GS daripada mengambil alih Putrajaya dengan “F”, fitnah  yang menjuarai politik kamu  abad ini.

Namun kamu kena mahu ingat.Kamu menang dengan sokongan pengundi atas pagar Melayu. Mengikut kajian,85% pengundi atas pagar Melayu khususnya di Pantai Barat , mengundi kamu dengan dua sebab utama. Pertama sentimen kebencian mereka terhadap Najib. Kedua, harapan mereka agar nasib mereka, ekonomi mereka, kehidupan harian mereka dan masa depan mereka berubah dengan Malaysia Baharu yang kamu canangkan.

Berbaki tidak beberapa hari lagi untuk tiba tarikh luput 10 janji 100 hari kamu. Hutang PTPTN mereka tidak ditangguhkan sebaliknya mereka dijanji kebangkrapan.  GST tidak dibatalkan sebaliknya kamu tipu mereka dengan GST sifar. Akhir sekali kamu kembali kepada SST dengan kadar 10%. Dasar kamu ini pasti menaikkan lagi harga barang . Kamu hanya memberi ruang kapitan-kapitan DAP mengelak cukai perniagaan. Kamu memang pandai. Tepatnya pandai menipu. Ciri-ciri munafik duduk di situ. 

Dan kini kamu berkeras untuk mengiktiraf UEC. Kononnya atas alasan janji dalam manifesto PH. Demi kepentingan DAP, kamu kata manifesto mesti dilaksanakan.  Manifesto yang menjurus kepada kepentingan rakyat terbanyak, kamu abaikan dengan pelbagai alasan. Apakah diksi tersopan untuk rakyat hantukkan ke batu jemala kamu?

Kini kamu berhadapan dengan PRK Sungai Kandis. Sama-samalah kita tengok adakah 85% pengundi Melayu atas pagar kekal mengundi kamu. Keputusannya nanti adalah indikator. Indikator yang menunjukkan sama ada rakyat kekal bersama kamu meskipun kamu kencing mereka  atau rakyat tidak sabar untuk menumbangkan kamu bila-bila masa dari sekarang.

#NekadBersamaIslam
#PRU15UntukPAS

BayangDiAir,
26/7/2018


MR : Suara rakyat adalah suara keramat, rakyat mesti memberikan signal bahawa rakyat mempunyai kuasa agar kerajaan dilantik tidak merasa selesa dan ego....


............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

IKLAN BERBAYAR :

12 ulasan:

  1. Kecewa kerana sebab menteri ugama di jabatan perdana menteri orang liberal yang jahil ugama

    BalasPadam
  2. tengok gaya susah sebab rakyat dah jatuh cinta dgn janji janji manis walupon belum ditunaikan kerana ph dah bagi alasan ygrakyat anggap manasabah

    BalasPadam
    Balasan
    1. Melayu itu pemalu orangnya. Dek tak mahu dimalukan, tak semudah itu untuk mengaku telah melakukan kesilapan lebih-lebih lagi bila mereka bakal di leluconkan oleh 75% Melayu yang tidak mengundi PH.

      Padam
  3. Kalau tak menang pun mudah2an majoriti berkurang banyak. dan sebagai langkah pertama kerjasama Pas dan Umno. Mentaliti pantai barat ni lain sikit.

    BalasPadam
  4. Sg kandis pkr boleh kekal lg sebab diselangor org melayu takut hidup mereka jadi lebih teruk. Seblum pru 14 kerajaan selangor dah ugut dun pas dng tarik peruntukan dan kesan ketara pada rakyat setempat jadi disg kandis perkara sama akan berlaku bagi menekan rakyat setempat tak hairan pkr akan terus kekal. Tapi pru 15 mungkin perubahan akan berlaku kerana sekarang pun dimana2 diselangor rakyat dah mula berkata2 tentang janji utama yg kebanyakan rakyat mahukan seperti harga barang gst 0 tapi harga tak turun malah mungkin naik lagi. Harga minyak tak turun malah diancam kenaikan kalau ikut dari situasa terkini. Ptptn tak mansuh tetap kena bayar keluar dari senarai hitam sapa yg untung kebanyakan ke secebis terutama pada yg kaya akhirnya tetap kena senarai hitam jugak. Yg kuat diperjuangkan uec. Uec untuk sapa??????

    BalasPadam
  5. Kita berharap umat Islam Sg Kandis menolak pakatan kerana pakatan mempunyai agenda membela puak kafir dan menafikan hak umat Islam. Bahkan pakatan telah memungkiri semua janji pakatan kecuali UEC dll yang menguntungkan puak China.

    Orang bodoh sahaja rela dikencing berulang kali oleh puak munafik.

    BalasPadam
  6. Madir tak kisahpun ng 85% pengundi atas pagar Melayu.Kan Melayu `mudah lupa´ kena tipu

    BalasPadam
  7. Melayu Liberal yang sokong pkr adale dalam 10 - 15 peratus sahaja. Another 10 -15 percent terkelentong dengan air mata atuk.

    BalasPadam
  8. semoga ramai lagi mp dari ph mati dan pilihanraya dibuat semoga mereka jatuh awal

    BalasPadam
  9. Melayu PH masih bingai dan bodoh... nak jadi papa kedana baru paham gamoknya

    BalasPadam
    Balasan
    1. Bukan papa kedana, anak2 jadi liberal n murtad baru nak start menggelabah

      Padam