Header Ads

ads header

Flash News

Jika Umno ragu-ragu lawan Anwar, PAS tanding di PD kata PAS


KUALA NERUS, 15 Sept ― PAS sedia meletakkan calonnya di Port Dickson jika Umno ragu-ragu menentang ketua umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Presidennya Datuk Seri Abdul Hadi Awang menegaskan pembangkang tidak akan kemenangan percuma kepada PKR dalam pilihan raya kecil itu.

“Kita tidak mahu bagi menang percuma. Kalau tidak ada orang bertanding, kita akan bertanding,” katanya dalam sidang media di sini pagi ini.

“Sekurang-kurangnya kita boleh adakan latihan bersama bagi menghadapi pilihan raya akan datang. Menang kalah itu cerita lain.”

Jawapannya itu diiringi ketawa beberapa pemimpin yang turut hadir dalam sidang media itu selepas perasmian muktamar PAS pagi ini.

Beliau diminta mengulas sama ada PAS mahu meletakkan calon setelah Umno dilihat “macam takut” hendak melawan Anwar di kerusi tersebut.

Pemimpin Umno Datuk Seri Nazri Aziz baru-baru ini menggesa Umno tidak bertanding di situ agar tidak menjejaskan peluang kerjasama dengan PKR.

Dalam persefahamannya dengan Umno, PAS memberi laluan kepada parti untuk bertanding di situ, yang sebelum ini dianggap kerusi tradisi MIC.

Kerusi Port Dickson dikosongkan Rabu lalu bagi memberi laluan kepada pilihan raya untuk membolehkan Anwar kembali ke Parlimen.

Ditanya sama ada PAS berminat bersama Pakatan Harapan, dahulunya Pakatan Rakyat, Abdul Hadi berkata ia mengambil “sikap tunggu dan lihat”.

“Politik ini serba kemungkinan, kawan jadi lawan [dan] lawan jadi kawan,” katanya. “Sekiranya parti lain menerima agenda kita dengan positif, maka akan berlakulah keterbukaan dengan baik.”

Ditanya sama ada gabungan PAS-Umno telah berjalan, Abdul Hadi berkata perkara itu belum berjalan dan ia masih bersifat andaian.

“Jika ia benar-benar akan dilaksanakan, maka majlis syura PAS akan memberi kata putus dari segi adakah ia menepati syara’ dan adakah ia menepati dasar PAS dan yang akan melaksanakan ada jawatankuasa pusat,” katanya.

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

IKLAN BERBAYAR :

Tiada ulasan