Header Ads

ads header

Flash News

KJ salahkan Zahid kerana Tok Pa keluar Umno


Bekas ketua pemuda Umno Khairy Jamaluddin Abu Bakar menyalahkan presiden parti itu, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berhubung keputusan bekas anggota majlis tertinggi Umno Datuk Seri Mustapa Mohamed keluar daripada parti itu.

Beliau berkata kerjasama yang dihulurkan parti itu dengan PAS menyebabkan Umno kini 'kehilangan sinarnya'.

"Saya telah bersuara dalam mengingatkan parti saya terhadap pakatan dengan PAS. Dan saya menanggung serangan dari dalam.

"Sekarang, kita telah kehilangan sinar utama parti kita. Seorang pemimipin yang pintar dan baik. Ini semua salah kamu, Mr Presiden," katanya di Twitter hari ini susulan pengumuman Mustapa.

Mustapa, yang mendapat undi terbesar dalam pemilihan majlis tertinggi Umno mengumumkan peletakan jawatannya malam ini.

Dalam pengumumannya, beliau percaya hala tuju yang diambil Umno pada masa ini tidak lagi selari dengan prinsip politik yang menjadi pegangannya selama ini dan tidak banyak usaha untuk melakukan proses rejuvenasi parti itu.

"Maka atas dasar inilah, setelah bermuhasabah dan memikirkan sedalamnya, saya mengambil keputusan untuk meletakkan jawatan sebagai ahli Umno setelah lebih 40 tahun berkhidmat untuk parti ini," katanya.

Angota Parlimen Jeli itu juga berpendapat usaha ke arah memulihkan imej dan kepercayaan terhadap parti itu kini semakin sukar.

''Apa salahnya kerjasama dengan PAS?'


Sementara itu, Exco Pemuda Umno dan Ketua Pemuda Umno Segamat Bastien Onn menyifatkan keputusan Mustapa sebagai mengejutkan menjelang Perhimpunan Agung Umno.

Menurut Bastien sekiranya Mustapa menggunakan alasan kerjasama dengan PAS sebagai punca masalah, beliau sepatutnya membangkitkan perkara itu mengikut saluran parti.

"PAS merupakan parti dominan di Pantai Timur, apa salahnya Umno bekerjasama dengan PAS di mana semacam Umno bekerjasama dengan MyPPP dalam kerangka BN.

"Kerjasama PAS dan Umno semacam PAS masuk BN," katanya dalam satu kenyataan.

Umno dan PAS sebelum ini berbincang untuk menjalinkan kerjasama selama berbulan-bulan lamanya, termasuk menyokong kempen antara satu sama lain dalam beberapa pilihan raya kecil.

Pada 15 Sept, Zahid mengetuai delegasi pemimpin Umno menghadiri muktamar PAS di Kuala Terengganu.

Zahid juga dilapor berkata beliau percaya jalinan kerjasama antara Umno dan PAS adalah jujur atas persefahaman dalam menegakkan syiar Islam

Bagaimanapun, Zahid berkata pembentukan sebuah gabungan pembangkang untuk menghadapi PRU15 perlu diperhalusi di pelbagai peringkat.

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

IKLAN BERBAYAR :

6 ulasan:

  1. UMNO also dont needbppl like KJ.

    BalasPadam
  2. Semuanya berkemungkinan berlaku. Politik katak memang begitu. Berkemungkinan juga KJ sendiri malah ramai lagi akan keluar BN dan join Bersatu. Semua ini akan berlaku dengan lebih banyak lagi selepas Anwar berjaya masuk parlimen. Sendiri mau ingat la. Tak payah nak bagi alasan yang berbelit belit lah.

    BalasPadam
  3. aku harap cepat2 le kj masuk dap

    BalasPadam
  4. Umno kini 'kehilangan sinarnya'. maka itu Umno perli sinaran dari Pas masih tak sedar KJ ini atau dia memang tak suka cahaya islam

    BalasPadam
  5. Hi Viewers Dapatkan kad ATM Blank anda yang berfungsi di semua mesin ATM di seluruh dunia .. Kami telah memprogramkan kad ATM khusus yang boleh digunakan untuk mengesan mesin ATM, kad ATM boleh digunakan untuk menarik diri di ATM atau leret, di kedai-kedai dan POS. Kami menjual kad ini kepada semua pembeli yang berminat di seluruh dunia, kad ini mempunyai had pengeluaran setiap hari sebanyak $ 10,000 di ATM dan sehingga $ 50,000 had perbelanjaan di kedai bergantung pada jenis kad yang anda pesan, kami berada di sini untuk anda bila-bila masa, pada bila-bila masa. E-mel; (blankatm001@aol.com) Saya bersyukur kepada Mike kerana dia mengubah kisah saya secara tiba-tiba. Kad ini berfungsi di semua negara kecuali, hubungi dia sekarang (blankatm001@aol.com)

    BalasPadam
  6. Adakah anda memerlukan pinjaman segera!
    1. Pinjaman Peribadi
    2. Pinjaman Perniagaan
    3. Pinjaman Perusahaan
    3. Pinjaman Kereta
    4. Pinjaman Rumah
    5. Penyelesaian hutang
    Kami memberi kadar faedah 2% dalam masa 24 jam
    Sila hubungi kami di (Banestoloandf@gmail.com) (Whatapp +971586897671)

    BalasPadam