Header Ads

ads header

Flash News

Najib pertahan Zahid, tak salah Umno-berpakat


Bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak menyangkal dakwaan sesetengah pihak yang menyalahkan Presiden Umno, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berhubung keputusan anggota majlis tertinggi parti itu, Datuk Seri Mustapa Mohamed keluar daripada parti.

Katanya, Ahmad Zahid perlu diberi ruang dan kepercayaan untuk mengatur langkah bagi memperkasakan semula Umno dan halatujunya.

“Tidak salah untuk Umno dan PAS berpakat kerana kita sama-sama pembangkang. DAP dan PKR juga pernah berpakat dengan PAS ketika mereka pembangkang.

“Tetapi pada pendapat saya, perjuangan untuk Melayu dan Islam tidak akan lengkap tanpa berjuang untuk semua rakyat Malaysia tidak mengambil kira kaum dan agama,” katanya dalam satu hantaran di Facebook.

Mustapa, bekas menteri perdagangan antarabangsa dan industri membuat kejutan malam semalam dengan mengumumkan keluar Umno selepas lebih 40 tahun berjuang dengan parti itu.

Beliau yang memenangi undi tertinggi dalam pemilihan Majlis Tertinggi (MT) Umno pada Jun lalu memberi alasan hala tuju yang diambil Umno pada masa ini tidak lagi selari dengan prinsip politik yang menjadi pegangannya selama ini.

Beliau juga mendakwa tidak banyak usaha untuk melakukan proses rejuvenasi parti itu..

Susulan pengumuman itu, bekas ketua pemuda Umno Khairy Jamaluddin menyalahkan presiden parti itu, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Katanya, kerjasama yang dihulurkan parti itu dengan PAS menyebabkan Umno kini 'kehilangan sinarnya'.

"Saya telah bersuara dalam mengingatkan parti saya terhadap pakatan dengan PAS. Dan saya menanggung serangan dari dalam.

"Sekarang, kita telah kehilangan sinar utama parti kita. Seorang pemimipin yang pintar dan baik. Ini semua salah kamu, Mr Presiden," katanya di Twitter, semalam.

Pada 15 Sept lalu, Ahmad Zahid mengetuai delegasi pemimpin Umno menghadiri muktamar PAS di Kuala Terengganu.

Ahmad Zahid juga dilapor berkata beliau percaya jalinan kerjasama antara Umno dan PAS adalah jujur atas persefahaman dalam menegakkan syiar Islam

Bagaimanapun, katanya, pembentukan sebuah gabungan pembangkang untuk menghadapi PRU15 perlu diperhalusi di pelbagai peringkat.


............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

IKLAN BERBAYAR :

3 ulasan:

  1. berpakat bukan bermakna menafikan hak bukan melayu dan bukan islam. namun powered cahir punya hal, berpakat akan di spin menjadi peminggiran bukan melayu dan bukan islam. spin itu yang perlu di lawan habis-habisan.

    BalasPadam
  2. Kalau kamu mengutamakan Islam dengan sendirinya kamu akan memenuhi hak bukan Islam kerana dalam Islam penjagaan hak orang bukan Islam dijamin dalam Al Quran dan Al Sunnah.

    Dalam sejarah pemerintahan khalifah Islam tiada satu pun terdapat bukti kukuh yang mana pemimpin Islam berlaku kejam terhadap orang bukan Islam. Yang ada hanyalah penipuan dan propaganda Gereja yang pada waktu itu mereka sendiri menindas pengikut kristian mereka sendiri.

    Begitulah persepsi yang mahu dibawa oleh orang bukan Islam di Malaysia. Dijajanya di seluruh dunia bahawa mereka di tindas tapi bila di tinjau mereka hidup senang lenang menginap di hotel lima bintang semasa dalam conference di London. Wah ! Kalau betul Melayu menindas kamu takkan kamu boleh bermewah ke sana ke mari , takkan anak muda Cina dan India dapat lanjutkan oelajaran sampai ke United Kingdom !

    BalasPadam
  3. Bagi saya , KJ sudah lama menunjukkan bibit bibit berpaling tadah/khianat parti. Sebagaimana yang saya syorkan kepada UMNO supaya buang barah ini awal-awal sebelum ia merosakkan parti. Biar kita lihat bagaimana dia merepek sehingga sanggup jilat bontot Lim Guan Eng san Lim Kit Siang dan Tun Mahataik.

    Kita lihat bagaimana orang-orang Munafik akan keluar UMNO dan jilat ludah mereka secara beperingkat.

    Islam ini adalah bagi mereka yang istiqamah dalam jalan Allah.
    Ingatlah Allah akan hanya berikan kamu atas apa yang kamu cenderungi. Jikalau kamu cenderung kepada kebaikan maka Allah bagi jalan untuk kebaikan. Dan jikalau kamu cenderung ke arah mereka yang kuat menipu dan menyerlahkan kemunafikan mereka , maka Allah mudahkan jalan untuk kamu bersama orang orang Munafik.

    Sememangnya azab Allah di akhirat itu tidaklah fiberikan kepada mereka kecuali mereka sendiri yang menempahnya. Allah tidak menzalimi mana-mana makhluknya walau sedikitpun.

    BalasPadam