Header Ads

ads header

Flash News

Saya masih menanti jawapanmu, Guan Eng kata Najib



Bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak berkata beliau masih menanti maklum balas kerajaan dalam beberapa isu setelah membuat penjelasan.

Antaranya, kata Najjib, berkaitan dakwaan Menteri Kewangan Lim Guan Eng bahawa akaun hasil disatukan kerajaan hanya RM450 juta pada akhir April 2018.

“Saya telah menjawab tuduhan Guan Eng itu dengan memberi banyak sebab mengapa dakwaan itu adalah mustahil.

“Malangnya, sehingga kini, Guan Eng tidak pernah menyebut lagi perkara ini ataupun menjawab dengan maklumat lebih terperinci,” kata anggota parlimen Pekan.

Sementara itu, Najib juga berkata beliau juga menanti jawapan Lim kenapa tiada suruhanjaya siasatan diraja ditubuhkan untuk menyiasat dakwaan kehilangan dana RM35 bilion wang input cukai barangan dan perkhidmatan (GST) dan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).

“Tambahannya, saya juga masih menunggu beliau dan kerajaan Pakatan Harapan untuk memberi bukti mengapa mereka berulang kali mendakwa bahawa kos sebenar ECRL hanya RM30 bilion.

“Kertas cadangan mana dan dari tahun mana tercatat kos RM30 bilion ini?

“Jangan cuma menuduh semata-mata untuk memburukkan saya dan kerajaan BN dulu tanpa memberi bukti.” kata bekas pengerusi BN.


............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

IKLAN BERBAYAR :

2 ulasan:

  1. tuduh tanpa bukti dah jadi darah daging dan ianya di warisi menerusi DNA keluarga Kim. bukti sudah berlebih-lebihan. kalau anak Kim ini ada bukti masakan PM-6 masih boleh mengkritik dan kalau Kim senior ada bukti salah laku PM-4, masakan PM-4 masih boleh duduk di kerusi PM-7. makanya adalah jelas, Kim & Son adalah saudagar snake oil.

    BalasPadam
  2. Now to ball is in your court Lim Guan Eng. The rakyat are looking at this really closely. Now is trial by Netizen as the Judicial system now has gone to Kangaroo level with your appointed Tommy Thomas doing flip flop resignation. Another stupid joke from Tun Mahataik government.

    Lim Guan Eng will be buried alive insyaAllah. May Allah grant Najib victory over those who lie and betrays paople.

    BalasPadam