Header Ads

ads header

Flash News

Pakar ekonomi gesa SST kadar rata elak penipuan


PETALING JAYA: Seorang pakar ekonomi mencadangkan cukai jualan dan perkhidmatan (SST) ditetapkan pada satu kadar rata agi mengurangkan kerumitannya dan mengelakkan penyelewengan.

Carmelo Ferlito, felo kanan di Institut Demokrasi dan Hal-ehwal Ekonomi (Ideas) berkata, struktur semasa SST bercelaru kerana kadarnya berbeza-beza dan senarai barangan dan perkhidmatan dikececualikan cukai terlalu panjang.

Beliau memberitahu FMT, peniaga boleh mengeksploitasi kerumitan itu untuk menaikkan harga secara melampau dan membuat perisytiharan palsu berkait kutipan mereka.

“Sebagai contoh,” katanya, “sebuah restoran mungkin menggunakan bahan yang tertakluk kepada kadar cukai berlainan. Sesetengahnya dikecualikan cukai, sementara yang lain dikenakan 5% dan juga 10%.

“Untuk menentukan harga berdasarkan kadar yang berbeza-beza itu tentulah rumit. Jadi sebilangan pengusaha mungkin akan hanya mengikut kadar paling tinggi.”

Ferlito juga berkata, wujud dorongan untuk mengelak cukai dengan membuat perisytiharan palsu atau merasuah pembekal supaya melabel barangan mengikut kategori yang salah untuk memasukkannya ke dalam kategori dikecualikan cukai.

“Bagaimanakah pihak berkuasa mahu memastikan perkara itu tidak berlaku atau mengawasinya? Kita bercakap tentang ribuan transaksi perniagaan setiap hari.”

Sebanyak 5,443 item dikecualikan cukai di bawah SST, sedangkan di bawah cukai barangan dan perkhidmatan (GST) yang dimasuhkan sebelum ini, terdapatnya hanya 545 dikecualikan.

Ferlito berkata, contoh dikemukakannya itu bukan sahaja terpakai kepada sektor restoran, tetapi juga pengimport dan pengeluar. “Mereka mungkin menaikkan harga untuk semua barang kerana lebih mudah untuk berbuat begitu.

Beliau berkata kenaikan harga sedemikian sudah pasti akan dipindahkan ke sepanjang rantaian perbekalan kepada pengguna.

Katanya, sesetengah peniaga yang tidak mahu menghadapi kesukaran sistem cukai yang rumit akan mengupah konsultan cukai untuk melakukannya. “Ini sudah pasti akan meningkatkan kos,” tambahnya.

Beliau berkata, kerajaan bukan sahaja digesa meratakan kadar SST, tetapi juga menyemak semula senarai pengecualian cukai itu.

“Kutipan dan penguatkuasaan cukai hendaklah dipermudahkan bagi menjamin kerajaan mendapat hasil yang mencukupi.”

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

IKLAN BERBAYAR :

1 ulasan:

  1. SST - SST ,
    Mari tipu Melayu ,
    SST -SST ,
    Mari kencing Melayu.

    BalasPadam