Header Ads

ads header

Flash News

Tidak mustahil Anwar 'dilemaskan' di PD, kata DHPP


Meski mengakui cabaran besar di pilihan raya kecik (PRK) Port Dickson, Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) menganggap tidak mustahil untuk mengalahkan calon PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim.

"Saya mengakui tidak mudah menang terhadap calon PKR, tetapi tidak mustahil," kata Pengarah Jabatan Pilihanraya DHPP Pusat, S Barathidasan kepada Malaysiakini.

Tambah Barathidasan, keputusan pimpinan pusat PAS bertanding di Port Dickson perlu dilihat sebagai aspek positif dalam menyemarakkan demokrasi.

Kenyataan itu dibuat selepas Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengumumkan parti mereka akan meletakkan calon di PRK berkenaan.

Menurutnya, keputusan itu dibuat selepas mendengar pandangan dan hasil keputusan mesyuarat Jawatankuasa Harian PAS Pusat yang berlangsung semalam di Marang, Terengganu.

Kata Barathidasan, DHPP yakin keputusan yang dibuat telah mengambil kira segenap aspek terutama situasi perkembangan semasa politik Malaysia hari ini.

"Keputusan PAS untuk bertanding adalah untuk menyuburkan demokrasi dengan memberi pilihan kepada para pengundi tempatan bagi memilih calon dan parti yang paling berkredibiliti bagi mewakili hasrat mereka.

"Trend pengundian dalam tiga siri pilihan raya kecil sebelum ini telah memberikan isyarat positif untuk pembangkang.

"Secara tidak langsung Pakatan Harapan (HARAPAN) tidak boleh selesa dengan tindakan mereka yang membelakangi kepentingan rakyat," katanya lagi.

Jelasnya, keputusan PRK Port Dickson akan jauh berbeza dengan keputusan pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 di kerusi parlimen itu.

"Dulu rakyat sokong HARAPAN kerana benci BN. Tetapi kini mereka mula hilang percaya dengan HARAPAN yang jelas tidak dapat menunaikan manifesto pilihan raya mereka.

Pada PRU ke-14, PAS mendapat 6,594 undi di parlimen Port Dickson. Gelombang rakyat di PRK Sungai Kandis dan Seri Setia semakin meningkat.

"Rungutan rakyat terhadap HARAPAN jelas kelihatan. Maka, tidak mustahil Anwar 'dilemaskan' di Port Dickson," katanya.

Mengulas lanjut, Barathidasan berkata DHPP mahu kekuatan MIC dan Barisan Kemajuan India Se-Malaysia (IPF) di seluruh negara dikerahkan untuk membantu jentera pilihan raya PAS untuk mendapatkan sokongan masyarakat India.

"DHPP juga diingatkan untuk bersiap sedia mendepani cabaran disamping mempamerkan budaya politik matang dan sejahtera sepanjang perjalanan pilihan raya kecil kali ini," katanya.

Pada PRU ke-14, calon PAS Mahfuz Roslan mendapat 6,594 undi. Calon MIC Mogan Velayatham pula mendapat 18,515 undi. Calon PKR, Danya Balagopal Abdullah yang memenangi kerusi itu beroleh 36,225 undi.

Pada 12 Sept lalu, Danyal bagaimanapun mengumumkan mengosongkan kerusi Port Dickson bagi memberi laluan kepada Anwar bertanding pilihan raya kecil dan seterusnya ke parlimen jika menang.

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

IKLAN BERBAYAR :

1 ulasan:

  1. bagi anuar tahu bukan semua org suka dia walaupon hakikatnya dia lebeh baik dari mahathir

    BalasPadam