Header Ads

ads header

Flash News

Syor lantik Najib ketua umum ‘tidak relevan’, kata Annuar Musa


KUALA LUMPUR, 24 Sept — Cadangan melantik Datuk Seri Najib Razak sebagai ketua umum Umno “tidak relevan” dan bertentangan perlembagaan parti.

Justeru, Tan Sri Annuar Musa berkata Umno menolak syor ketua Umno bahagian Sungai Besar Datuk Seri Jamal Md Yunos, lapor Berita Harian.

“Cadangan itu tidak boleh dilaksanakan, tidak relevan dan tidak terdapat dalam perlembagaan parti,” kata setiausaha agung Umno.

Wakil rakyat Ketereh berkata parti itu akan menjalankan proses pemutihan anggota selepas Perhimpunan Agung Umno akhir minggu ini.

Katanya, proses itu bagi membersihkan ahli meragukan, meninggal dunia atau berhijrah ke parti lain ekoran perubahan politik negara.

“Ada tiga bulan untuk kita memurnikan senarai ahli kita yang berjumlah 3.6 juta ketika ini,” katanya.

Beliau berkata garis panduan berkaitan kaedah dan proses pemutihan akan dikeluarkan ibu pejabat parti.
............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

IKLAN BERBAYAR :

Tiada ulasan