Header Ads

ads header

Flash News

Liwat peguam bela Anwar kata bila diampun, Anwar tidak lagi melakukan kesalahan itu


PETALING JAYA: Peguam bebrbeza pendapat sama ada Saiful Bukhari Azlan, seorang calon Bebas dalam pilihan raya kecil (PRK) Port Dickson, melakukan kesalahan apabila membangkitkan tuduhan liwat beliau terhadap bekas ketuanya, Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang juga bertanding dalam PRK sama yang sedang berjalan.

Saiful sebelum ini bekata beliau tidak akan membangkitkan isu tersebut dalam kempennya. Bagaimanapun beliau memberitahu khalayak dalam satu ceramah semalam bahawa beliau bersumpah 3 kali bagi mempertahankan dakwaanya terhadap Anwar.

Saiful kemudiannya berkata beliau tiada pilihan selain bercakap tentang isu tersebut bagi menjawab soalan hadirin.


Peguam Akbardin Abdul Kader berkata, Saiful tidak membuat tuduhan baru terhadap Anwar tetapi hanya mengulangi keterangannya di mahkamah bahawa pemimpin PKR itu meliwatnya.

“Selain itu, Mahkamah Persekutuan mengesahkan sabitan Anwar. Jadi walaupun beliau diampunkan, itu tidak membersihkannya daripada perbuatan tersebut.

“Dengan kata lain, sabitan Anwar masih kekal. Saiful tidak melaukan kesalahan dengan mengulanginya,” katanya kepada FMT.

Akbardin menambah pengampunan ditakrifkan sebagai kemaafan, yang termasuk di bawah kasihan belas.

“Kasihan belas terpakai apabila semua jalan undang-undang tamat. Jadi tidak benar jika dikatakan pengampunan membawa maksud pesalah tidak pernah melakukan kesalahan itu.”

Pada Mac 2014 Mahkamah Rayuan membatalkan keputusan membebaskan Anwar daripada sabitan meliwat bekas pembantunya Saiful.

Pada 10 Feb 2015, Mahkamah Persekutuan mengesahkan keputusan itu dan menjatuhi hukuman 5 tahun penjara ke atas Anwar.

Pada 16 Mei tahun ini, Anwar diberikan pengampunan Diraja oleh Yang Dipertuan Agong. 


Peguam Nizam Bashir menolak pandangan Akbardin dengan berkata, pengampunan Anwar memadamkan pensabitan beliau.

Beliau memberitahu FMT, pemimpin PKR itu tidak lagi boleh dituduh oleh Saiful melakukan kesalahan tersebut.

“Jika kita melihat contoh di Singapura, keputusan pengampunan memadamkan sabitan. Ini yang penting

“Bila seseorang diampunkan, maka individu tersebut tidak lagi boleh dituduh melakukan kesalahan tersebut.

Beliau berkata, di negara lain, wujud pembezaan antara pengampunan yang diberikan kerana tidak bersalah dengan pengampunan untuk tujuan lain.

Kategori pertama memadamkan kedua-dua hukuman dan kesalahan, katanya.

“Pengampunan sedemikian sebenarnya adalah satu pembebasan dan mempunyai semua kesan pembebasan.”

Bagaimanapun pengampunan yang diberikan untuk tujuan lain hanya memadamkan hukuman, bukan kesalahan, kata beliau.

Kata beliau, ini bermakna pengampunan tersebut bukan pembebasan dan keputusan mahkamah kekal, walaupun pesalah dilepaskan daripada kesan undang-undang keputusan tersebut.

“Ini termasuklah bebas daripada pemenjaraan seterusnya, hukuman lain bagi jenayah itu atau apa-apa kesan lain seperti kehilangan hak sivil,” katanya.

Berhubung soalan sama pembezaan itu terpakai di Malaysia, Nizam berkata, soalan itu “sukar dijawab” berikutan perbezaan antara Perkara 42 perlembagaan yang menggunakan perkataan “pengampunan”, dengan ceraian 6(1)(e) Jadual Kelapan perlembagaan persekutuan yang menggunakan frasa “pengampunan bebas”.


MR : Tolong bezakan antara 'penguambela' dengan 'penguam bela'... tak pasal-pasal MR dituduh tukar kepala tajuk

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

IKLAN BERBAYAR :

1 ulasan:

  1. Ulasan tentang ini bergantung kepada siapa di tempat siapa. kalau di 'tempat' mangsa jawapannya masakan "saya tidak diapa-apakan". lojiknya mangsa akan berkata "ya saya di apa-apakan"

    Analoginya mendatang ialah isu kleptokrasi, masakan setelah di ampun, mangsa (aka: pakatan hancing-PH) akan kata "tidak, kami tidak di rompak"

    BalasPadam