Header Ads

ads header

Flash News

‘Saya tak ada pilihan, kena jawablah,’ kata Saiful Bukhari


PETALING JAYA: Calon bebas Pilihan Raya Kecil (PRK) Port Dickson Saiful Bukhari Azlan berkata dia tidak mempunyai pilihan kecuali menjawab kes liwat membabitkan dirinya dengan Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Saiful sebelum ini berkata dia tidak mahu menggunakan isu itu dalam kempennya.

Bekas pembantu peribadi Anwar itu menjelaskan, beliau hanya menjawab soalan yang diajukan oleh pengundi semasa sesi soal jawab pada program ceramah kelompok Kampung Teluk Pelanduk, Port Dickson malam tadi.

“Saya tak bangkitkan dalam ceramah. Namun dalam sesi Q&A (soalan dan jawapan) salah seorang bertanya, jadi saya tak ada pilihan, kena jawablah,” katanya kepada FMT hari ini.

Anwar sebelum ini dijatuhi hukuman penjara 5 tahun atas kesalahan meliwat Saiful apabila panel hakim Mahkamah Persekutuan pada Februari 2015 mengekalkan keputusan Mahkamah Rayuan.

PRK Port Dickson akan diadakan 13 Oktober ini berikutan peletakan jawatan penyandangnya, Datuk Danyal Balagopal Abdullah untuk memberi laluan kepada Anwar kembali ke Parlimen.
............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

IKLAN BERBAYAR :

2 ulasan:

  1. Akuan sumpah saifoll bukhari blh dipakai lg ke mengikut undang2 skrg?

    BalasPadam
  2. Bila seseorang minta ampun dari orang lain itu petanda orang itu melakukan kesalahan. Noktah.

    BalasPadam