Header Ads

ads header

Flash News

Nuget ayam tanpa daging ayam?


Hampir semua orang sukakan makanan ini, nuget ayam.

Sama ada dibeli di rangkaian makanan segera atau digoreng di rumah.

Nuget ayam merupakan makanan olahan yang terbuat dari daging ayam yang digiling halus.

Namun, bagaimana pula apabila nuget ayam ini diperkenalkan tanpa secubit daging ayam asli?

Pelikkan?


Sebuah syarikat perusahaan makanan di Amerika Syarikat, mengambil langkah memproses nuget ayam tanpa daging ayam ‘asli’.



Ia dibuat tanpa membunuh ayam sebaliknya dengan menggunakan sampel jaringan ayam.

Inovasi ini dibuat oleh Just, sebuah perusahaan dikenali dengan nama Hampton Creek.

Menurutnya, nuget ayam tanpa membunuh ayam bakal berada di pasaran pada akhir 2018 ini.

Jurucakap dari Bicara Just, Andrew Noyes, berkata sampel jaringan pada ayam itu tidak menimbulkan rasa sakit kepada ayam terlibat.

“Hanya biopsi kecil dan tidak berbahaya,” kata Moyes kepada Foodbeast.

Sel hasil biopsi itu diproses menjadi daging ayam itupun dalam masa yang singkat.

Buat masa ini, Just sedang berusaha meningkatkan efisiensi produksi.

Pihaknya juga mencipta bahan bebas serum yang merupakan kandungan terbesar dalam produksi sampel jaringan ayam itu.

Nampaknya tak lama lagi kita akan dapat menikmati nuget ayam tanpa ayam. Apa agaknya rasa nuget itu?

MR : Tulisdisini ....


............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

Tiada ulasan