Header Ads

ads header

Flash News

Suresh 'tumpuan' final


SHAH ALAM: Pengadil Suresh Jayaraman yang mengendalikan aksi final Malaysia antara Terengganu FC (TFC) dan Perak di Stadium Shah Alam, malam ini dianggap netizen sebagai pengadil terburuk dalam sejarah pengadilan trofi berprestij itu.

Turut membidas pengadil berkenaan ialah Pengerusi Liga Bolasepak Malaysia (MFL) Tunku Ismail Sultan Ibrahim yang menyifatkan mutu pengadilan hari ini teruk.

“Pengadil final Piala Malaysia hari ini teruk. Saya tidak pernah melihat dia dan saya terkejut mengapa dia dipilih untuk final,” kata Tunku Ismail dalam Twitternya.

Beberapa keputusan kontroversi Suresh dalam perlawanan itu termasuk membatalkan dua jaringan Perak dan melayangkan dua kad merah kepada pemain Perak, Gilmar da Silva pada minit ke-55 dan pemain TFC, Lee Tuck (m-66) menyaksikan ramai yang mengecamnya.

Kebanyakan komen netizen mempertikaikan kewibawaan Suresh untuk menjadi pengadil perlawanan penting itu serta gagal mengawal perlawanan sehingga hampir tercetus pergaduhan antara pemain kedua-dua pasukan.

Bagaimanapun, tidak menghairankan kerana Suresh pernah mencetuskan kontroversi apabila dikatakan menjadi punca pergaduhan final Piala Menteri Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) antara pasukan UiTM Shah Alam menewaskan UiTM Perlis 2-1 yang dicemari insiden tumbuk-menumbuk serta caci-mencaci pada tahun 2015.

Dalam perlawanan di Stadium Mini Shah Alam itu, Suresh turut melayangkan tiga kad merah membabitkan seorang pemain tuan rumah dan dua pelawat dengan jurulatih UiTM Perlis, Manja Man meluahkan rasa kecewa terutama dengan mutu pengadilan yang disifatkannya ‘bertaraf rendah’ sehingga mengundang insiden memalukan itu.

MR : Terengganu kalah sangat sandis 3-3 dan panalti 4-1. Selepas ini jurulatih Terengganu perlu latih jaringan panalti dan penjaga gol untuk selamatkan panalti...


............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

1 ulasan:

  1. Sebenarnya pemain-pemain Terengganu telah bersikap professional dan bermain bersungguh-sungguh tetapi takdir Allah mengatasi segala-galanya. Mungkin Terengganu akan menjadi juara dalam perlawanan yang akan datang.

    BalasPadam