Header Ads

ads header

Flash News

Pemimpin PH jangan jadi ‘barua’ ICERD


Pemuda PAS bersama parti-parti pembangkang dan badan bukan kerajaan (NGO) akan terus mendesak kerajaan membatalkan hasrat untuk meratifikasi Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD).

Ketua Pemudanya, Muhammad Khalil Abdul Hadi dalam ucapan di Himpunan Bantah ICERD berkata, perhimpunan hari ini adalah permulaan dan akan diteruskan selagi kerajaan tidak mengambil endah suara rakyat.

“Sebagaimana kita sudah maklum isu ini telah lama tetapi kita lihat kerajaan Pakatan Harapan tiba-tiba mahu mengesahkan ICERD.

“Sedangkan keutamaan yang patut diberikan dalam negara kita ialah menyelesaikan isu kos sara hidup yang tinggi, yang dijanjikan kerajaan PH. Tetapi tiba-tiba tidak ditunaikan. Pemimpin Pakatan Harapan jangan jadi barua ICERD,” katanya.

ICERD, adalah konvensyen yang bertujuan menghapuskan segala bentuk diskriminasi termasuk ‘diskriminasi positif’ seperti hak orang Melayu, kedudukan istimewa Islam serta Raja-Raja Melayu.



Mengulas lanjut Khalil berkata, himpunan hari ini merupakan sebuah himpunan yang bersejarah, namun perjuangan belum lagi selesai.

“Dalam kerajaan PH, parti yang berada di dalamnya bukanlah daripada parti-parti yang memperjuangkan kemerdekaan terdahulu.

“Dato Bahaman, Mat Kilau, Tok Janggut, Haji Abdul Rahman Limbong, antara mereka yang mati syahid meneruskan perjuangan. Kita anak cucu mereka, hari ini hanya bermandikan peluh, namun kita tetap memperjuangkan perkara yang sama.

“Negara kita telah ditegakkan oleh perjuangan orang terdahulu. Negara ini adalah negara Melayu, diperintah oleh orang Melayu. Kita merupakan penduduk asal,” katanya.

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

1 ulasan:

  1. Masalahnya ialah sebilangan Melayu liberal menjadi penjilat sifu kafir harbi roket !!! Setiap kali sifu kafir harbi roket keluarkan arahan, si munafik liberal hanya pandai menjawab "Yes boss !" kerana mereka telah menjadi lembu dicucuk hidung.

    BalasPadam