Header Ads

ads header

Flash News

PH dimonopoli pihak beragenda hancurkan Melayu Islam


“Kerajaan Pakatan harapan sejak dari pembangkang lagi, mereka dimonopoli oleh orang-orang yang mempunyai agenda untuk mencabul, merobek kekuatan Melayu dan Islam dalam negara kita.”

Demikian ucapan semangat Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki pada Perhimpunan Rakyat Bantah ICERD di Kompleks Sogo, Kuala Lumpur hari ini.

Beliau berkata, keharmonian agama dan kaum dibentuk oleh asas yang kukuh melalui kontrak sosial yang dimeterai ketika merdeka dahulu, bahkan kontrak ini juga adalah asas kepada pembentukan Perlembagaan Persekutuan hari ini.

Katanya, Perlembagaan telah meletakkan beberapa ‘tiang seri’ yang membentuk asas negara, termasuk Islam sebagai agama negara, namun ianya tidak menjadi sebab untuk mana-mana agama lain dinafikan hak mereka.

“Kerana apa (negara ini istimewa), kerana kita ditautkan, kita disepadukan, kita diperkukuhkan dengan kontrak sosial ketika merdeka dahulu, dan kontrak inilah yang telah membangunkan Perlembagaan Persekutuan,” katanya.

Mengulas lanjut Asyraf berkata, Malaysia boleh berbangga dengan sikap orang Islam yang menghormati agama-agama lain.

Justeru, katanya, asas yang ada ini jangan dirobek, termasuklah Islam sebagai agama Persekutuan serta hak keistimewaan Bumiputera.

“Tiada satu negara di dunia ini yang mempunyai cuti paling banyak kecuali di Malaysia. Deepavali kita cuti, Krismas kita cuti, Thaipusam kita cuti, Tahun Baru Cina kita cuti, banyak cuti di Malaysia.

“Sebab apa? sebab inilah kekuatan kita, kita menghormati agama-agama lain, tetapi asasnya Islam jangan dirobek, Islam sebagai Agama Persekutuan, begitulah juga hak keistimewaan Melayu dan Bumiputera,” katanya.

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

3 ulasan:

  1. Cadangan saya. Minda rakyat patut letak sumber asal dari mana berita-berita di petik.

    BalasPadam
  2. .
    Untuk patuh pada ratifikasi kenalah pinda pert-lembaga-wan. 2/3 dewan diperlukan. Tang situlah nanti Wythaindrafik akan bertemu kekuciwaan melainkan beberapa kerat pribumi yang diibaratkan sebagai 'tomato berbulu ICERD' yang akan tolong cover the waterface.
    .

    BalasPadam
  3. Pakatan syiah-liberal-kafir harbi dimonopoli pihak beragenda hancurkan Melayu Islam dengan menggunakan barua Melayu, kuasa politik dan ICERD.

    Malangnya sebilangan Melayu bodoh sombong menyokong pakatan secara membabi buta dan akhirnya sokong mereka akan menindas keturunan mereka sendiri, Islam dan umat Islam termasuk kaum Melayu.

    Apabila puak bodoh sombong mati, anak , cucu dan cicit mereka akan meludah kubur mereka ! Jangan pula puak ini menanggis dalam kubur kerana dikutuk oleh anak , cucu dan cicit mereka sendiri di kemudian hari!

    BalasPadam