Header Ads

ads header

Flash News

TH: Ambil tindakan, jangan cakap banyak


SIASAT segera Lembaga Tabung Haji (TH) dengan menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI).

Ambil tindakan kepada yang bersalah untuk menyelamatkan institusi kewangan umat Islam yang terbesar.

Menteri tidak perlulah bicara di mahkamah media, kuasa sudah ada janganlah masih macam pembangkang. Tidak perlu cakap banyak, ambil sahaja tindakan terhadap mereka yang terlibat.

Kebajikan pendeposit mesti diutamakan.

Jangan pula menjadi alasan untuk tidak memberi hibah kepada pendeposit Tabung Haji (TH) pada tahun ini.

Kenapa perlu TH diletak di bawah Bank Negara, sedangkan penubuhan TH di bawah Perbadanan Wang Simpanan Bakal-Bakal Haji ditubuhkan pada bulan November tahun 1962, dan beroperasi pada 30 September tahun 1963. Perbadanan ini wujud hasil penerimaan kertas kerja Yang Mulia Profesor Diraja Ungku Aziz bertajuk "Rancangan Membaiki Ekonomi Bakal-bakal Haji" pada tahun 1959.

Saya bimbang TH diletakkan di bawah Bank Negara Malaysia (BNM) terkeluar daripada matlamat penubuhannya.

Masihkah jamaah haji mampu mendapat subsidi apabila diletak di bawah BNM?

USTAZ IDRIS AHMAD
Naib Presiden PAS
11 Disember 2018 – HARAKAHDAILY 11/12/2018

Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat


-: Iklan Teks (hanya RM20 sebulan) :-
 Sistem Mudah Untuk Anda Menjana Pendapatan Online Secara Sambilan
 Anda Perut BUNCIT, Usus Kotor, Berat Badan Berlebihan? KLIK SINI UNTUK DETOKS TUBUH ANDA
 MENCARI SESIAPA yang berminat niaga di shopee peluang raih pendapatan rm lumayan setiap hari lawati bit.ly/2A86ypP





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

2 ulasan:

  1. PH nak memperbodohkan Melayu lagi melalui isu TH. Tapi Melayu bodoh kebanyakkan sokong PH. Kesian kat depa, sentiasa diperbodoh-bodohkan oleh pemimpin2 mereka yang ketagih dedak DAP.

    BalasPadam