Header Ads

ads header

Flash News

Peruntukan bina masjid baharu batal?


JEMPOL 30 Jan. - Lebih 10,000 umat Islam yang tinggal di enam taman perumahan dekat Bahau di sini menunggu pembinaan sebuah masjid baharu dekat pinggir bandar IOI di sini.

Antara taman perumahan terlibat ialah Taman Desa Pu-teri, Taman Semarak, Taman Kasih Putera, Taman Awana Indah, Taman Rasa Sayang dan Taman Medang.

Jika menjadi kenyataan, masjid itu didirikan di tepi jalan utama Bahau ke Rompin berhampiran persimpangan Bandar IOI dekat sini.

Pembinaan masjid di kawasan seluas 2.2 hektar itu didakwa sudah mendapat peruntukan daripada Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU) Jabatan Perdana Menteri (JPM) pada 2016.

Dalam surat ICU JPM bertarikh 26 April 2016 menyatakan, Timbalan Perdana Menteri telah bersetuju meluluskan peruntukan RM7.17 juta bagi pembinaan masjid pinggir bandar IOI.

Bagaimanapun, kini, peruntukan itu dikatakan telah ditarik balik.

Ahli Parlimen Jempol, Datuk Mohd. Salim Mohd. Sharif berkata, sebelum ini, beliau telah dimaklumkan bahawa peruntukan itu telah pun dile-takkan kepada Pejabat Pembangunan Negeri (PPN) negeri ini sebagai agensi pelaksana projek.

"Tetapi selepas pembentangan Belanjawan 2019 lalu, peruntukan itu telah tiada.

"Saya kecewa kerana peruntukan yang telah diluluskan bagi pembinaan kemudahan masjid untuk umat Islam telah ditarik balik.

"Kerajaan perlu memberi penjelasan mengenai perkara ini kerana masjid yang hendak dibina ini diperlukan oleh kira-kira 10,000 umat Islam yang tinggal di sekitar kawasan tapak projek," katanya kepada Utusan Malaysia baru-baru ini.

Menurutnya, tapak masjid berkenaan telah diperolehi daripada pemaju projek Bandar IOI di sini walaupun kerja-kerja menambak tanah perlu dilakukan di tapak berkenaan.

Jelasnya, penduduk di kawasan itu telah berjuang sekian lama bagi melihat masjid didirikan di kawasan mereka.

Malah, tambah beliau, sebuah jawatankuasa bertindak telah ditubuhkan oleh penduduk sekitar kawasan itu yang menjalankan usaha bagi me­realisasikan projek berkenaan.

"Saya akan cuba membantu jawatankuasa ini kerana hasrat kita ialah ingin melihat sebuah masjid didirikan di sini untuk kemudahan dan melaksanakan aktiviti untuk umat Islam," ujarnya.


MR :  Sekolah Swasta Cina diutamakan...


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat


-: Iklan Teks (hanya RM20 sebulan) :-
 Anda Perut BUNCIT, Usus Kotor, Berat Badan Berlebihan? KLIK SINI UNTUK DETOKS TUBUH ANDA
 Dapatkan MADU LEBAH ASLI Disini...Makanan Sunnah Terbaik. Beli Madu Online >>>>KLIK SINI<<<< Penghantaran PERCUMA Ke Seluruh Negara!
 🔥🔥💥Cara mudah buat bisnes tanpa promosi sakan pada pelanggan, tapi pelanggan sendiri yang cari kita. Buat online je..💥🔥🔥





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

Tiada ulasan