Header Ads

ads header

Flash News

PRK Cameron Highlands dicemari dengan kesalahan pilihan raya tertinggi sejak PRU14, kata Bersih


PETALING JAYA: Memancing undi, salah guna sumber negeri, lawatan kerja menteri secara tiba-tiba dan rasuah telah mencemar pilihan raya kecil (PRK) Cameron Highlands Sabtu lalu.

Semua insiden tersebut membuat PRK berkenaan mencatat jumlah kesalahan antara paling tinggi yang dikesan Bersih 2.0 sejak pilihan raya umum ke-14 (PRU14) 9 Mei lalu.

Pemerhati pilihan raya itu mencatat 23 kes kesalahan pilihan raya sejak hari penamaan calon pada 12 Januari hingga hari undi pada 26 Januari.

“Menghasut perasaan benci terhadap kaum dan agama semasa kempen untuk memancing undi adalah kesalahan paling membimbangkan,” kata Pengerusi Bersih 2.0 Thomas Fann pada sidang media yang diadakan untuk mengumumkan Laporan Pemerhatian PRK Cameron Highlands.

BN mengekalkan kemenangan melalui calonnya, Ramli Mohd Noor. Beliau mendapat 12,038 undi, menewaskan calon PH, M. Manogaran (8,800 undi) and 2 calon bebas, Sallehudin Ab Talib (314 undi) dan Wong Seng Yee (276 undi).

Fann berkata, Barisan Nasional (BN) terlibat dalam 14 kes, Pakatan Harapan (PH) dalam 5 kes dan PAS, 2.

Katanya, 4 kes melibatkan kesalahan layanan, salah guna sumber kerajaan (3 kes), rasuah dan pengaruh secara tidak wajar (2 kes), menghasut rasa benci terhadap kaum dan agama (4 kes), berkempen pada hari undi (9 kes) dan lain-lain (1 kes).

Ini adalah PRK ke-4 selepas PRU14 pada 9 Mei. Yang lain adalah Seri Setia, Balakong and Port Dickson. PRK Semenyih dijadualkan Mac depan.

Fann percaya peningkatan bilangan kesalahan pilihan raya disebabkan kesedaran lebih mengenainya oleh semua pihak berkaitan dan kedua-dua PH dan BN menyalahkan antara satu dengan lain..

Katanya, antara kesalahan yang didapati oleh Bersih 2.0 adalah ceramah di Kampung Keledek pada 18 Januari, di mana Ketua Pemuda Umno Datuk Asyraf Wajdi Dusuki dilaporkan berkata, jika calon DAP menang, ia adalah berbahaya kepada Melayu dan Islam.

Lain-lain kesalahan, katanya, adalah oleh Ketua Pemuda PAS Muhammad Khalil Abdul Hadi yang berkata, DAP akan memansuhkan status Islam sebagai agama rasmi, sementara Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang mendakwa melalui video bahawa “Jika bukan Islam mahu selamat, jangan undi DAP. Undi calon Islam, semua akan selamat; Islam selamat, bukan Islam pun akan selamat”.

Katanya, calon PH, M Manogaran, terdedah kepada taktik kempen membenci apabila dikaitkan dengan kematian anggota bomba, Muhammad Adib Mohd Kassim, berikutan rusuhan di luar Kuil Sri Maha Mariamman di Subang Jaya, Selangor, 26 November lalu.

Risalah diedarkan dan grafik menjadi tular dalam tempoh kempen tersebut.

Beliau mahu polis siasat kejadian-kejadian tersebut tanpa bertangguh dan mengambil tindakan terhadap mereka yang terlibat bagi mengekalkan harmoni antara kaum.

Katanya, mereka juga memandang berat salah guna sumber negeri oleh PH dan BN, yang menjadi kerajaan Pahang.

Katanya, PH terlibat dengan penyalahgunaan aset kerajaan untuk kempen apabila sebuah kenderaan pacuan 4 roda milik Jabatan Perhutanan Pahang didapati digunakan untuk tujuan berkempen.

Katanya, Menteri Besar Pahang Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail mengagihkan bantuan sekolah rendah kepada 647 murid di kawasan pilihan raya Jelai dan 22 permit guna tanah hutan simpan kepada pekebun kecil di Cameron Highlands.

“Juga terdapat beberapa lawatan kerja menteri 2 minggu sebelum tempoh kempen bermula,” katanya.

Dalam laporan pemerhatiannya, Bersih meminta Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan saksi melaporkan kepada polis atau Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengenai kesalahan bukan pilihan raya supaya siasatan dapat dijalankan dan tindakan diambil.

Ia mencadangkan kepada SPR supaya menberi taklimat kepada calon dan wakil calon sebelum pilihan raya mengenai undang-undang dan kesalahan pilihan raya.

Bersih juga mencadangkan SPR diberi lebih kuasa untuk menguatkuasakan undang-undang pilihan raya, termasuk kuasa mengenakan denda ke atas calon atau sesiapa sahaja yang melakukan kesalahan kecil seperti memberi ais krim di Pos Terisu, makanan percuma di Kampung Belau oleh BN dan pemakaian logo parti dalam pusat undi.





Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat


-: Iklan Teks (hanya RM20 sebulan) :-
 Anda Perut BUNCIT, Usus Kotor, Berat Badan Berlebihan? KLIK SINI UNTUK DETOKS TUBUH ANDA
 Dapatkan MADU LEBAH ASLI Disini...Makanan Sunnah Terbaik. Beli Madu Online >>>>KLIK SINI<<<< Penghantaran PERCUMA Ke Seluruh Negara!
 🔥🔥💥Cara mudah buat bisnes tanpa promosi sakan pada pelanggan, tapi pelanggan sendiri yang cari kita. Buat online je..💥🔥🔥





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

Tiada ulasan