Header Ads

ads header

Flash News

Adakah DAP mahu musnah integriti PDRM?


PENDEDAHAN Menteri Kewangan, Lim Guan Eng, tentang lawatan pegawai atasan Polis Diara Malaysia (PDRM) ke Turki yang dibiayai dengan tajaan sebuah syarikat judi terkenal, Da Ma Cai, sangat mengejutkan Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM).

DPPM mengalu-alukan usaha murni PDRM melawat Turki bagi mempelajari selok-belok untuk membenteras kegiatan perjudian atas talian. Lebih dari itu, Dewan Pemuda PAS berharap semua kegiatan judi sama ada berlesen atau tidak berlesen, atas talian atau luar talian, dihapuskan sama sekali di negara ini.

Isu penajaan lawatan pegawai atasan PDRM ke Turki untuk mempelajari kaedah membenteras judi atas talian seharusnya tidak timbul apatah di perbesarkan. Ia sepatutnya boleh di selesaikan secara dalaman oleh Kementerian Kewangan memandangkan Lembaga Totalisator sebuah agensi di bawah Kementerian Kewangan.

Namun tindakan Lim Guan Eng seolah-olah mahu memperlekehkan serta memusnahkan martabat serta integritI PDRM terutamanya di kalangan rakyat dengan mendedahkan bahawa PDRM menerima tajaan Da Ma Cai. Sepatutnya Lim Guan Eng sendiri boleh menyelesaikan isu ini dengan tidak menerima tajaan tersebut dan meluluskan peruntukan di bawah Kementerian Kewangan.

Menjadi persoalan mengapa Lim Guan Eng tidak bertindak sedangkan agensi tersebut di bawah Kementerian Kewangan? Ini menggambarkan seperti ada 'hubungan istimewa' antara Da Ma Cai dengan Kementerian Kewangan. Secara tidak langsung menunjukkan bahawa kegiatan perjudian dan industri dosa akan terus subur di negara ini disebabkan adanya 'hubungan istimewa' tersebut jika benar ia berlaku.

Sehubungan dengan itu, DPPM mendesak agar Menteri Kewangan memohon maaf kepada umat Islam di Malaysia dan khususnya PDRM, kerana dengan meluluskan tajaan Da Ma Cai itu Lim Guan Eng telah memalukan institusi penguatkuasaan yang berlambangkan nama ALLAH dan MUHAMMAD. Lim Guan Eng harus bertanggungjawab kerana Lembaga Totalisator terletak di bawah bidang kuasa beliau.

DPPM juga mendesak supaya Kementerian Kewangan mengembalikan semula dana Da Ma Cai yang telah digunakan untuk membiayai rombongan PDRM dalam tempoh seminggu. Sekiranya Lim Guan Eng benar bertanggungjawab dan berintegriti, wajar beliau menggunakan peruntukkan dari Kementerian Kewangan untuk kegunaan pagawai atasan PDRM untuk lawatan kerja ke Turki.

“Islam Memimpin“
“Terus Mara“

YB Ustaz Muhammad Khalil Abdul HadiKetua Dewan Pemuda PAS Malaysia
14 Februari 2019 / 9 Jamadilakhir 1440


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat


-: Iklan Teks (hanya RM20 sebulan) :-
 Anda Perut BUNCIT, Usus Kotor, Berat Badan Berlebihan? KLIK SINI UNTUK DETOKS TUBUH ANDA
 Dapatkan MADU LEBAH ASLI Disini...Makanan Sunnah Terbaik. Beli Madu Online >>>>KLIK SINI<<<< Penghantaran PERCUMA Ke Seluruh Negara!
 🔥🔥💥Cara mudah buat bisnes tanpa promosi sakan pada pelanggan, tapi pelanggan sendiri yang cari kita. Buat online je..💥🔥🔥
 Dapatkan Vitamin C Harian Anda Disini >>>Klik Sini<<< Sebotol ada 100 tablet Harga RM60 sahaja.Penghantaran PERCUMA ke Seluruh Malaysia





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

1 ulasan: