Header Ads

ads header

Flash News

Dr Mahathir sedia tukar parti jika Pakatan belot


DR Mahathir Mohamad sedia bertukar haluan sekali lagi jika haluan Amanah dan DAP terpesong dari kepentingan negara.

“Kita boleh berubah (mobile) dan bukannya tetap,” kata pengerusi Bersatu dan Pakatan Harapan itu sambil mempertahankan kemasukan tujuh ahli Parlimen bekas Umno ke dalam partinya.

“Kalau parti-parti dalam Pakatan Harapan (PH) ini membelot dan tidak setia kepada negara, saya akan tukar kepada parti lain.

“Kadang-kadang kita terpaksa tukar pendirian kita mengikut apa yang berlaku di sekeliling kita.
“Kita tidak boleh terikat pada pemimpin atau parti tertentu sedangkan mereka mencuri,” katanya.

Beliau berkata pemimpin Umno sebelum ini tidak pasti tentang kebenaran dakwaan terhadap bekas presiden Umno Najib Razak.

“Namun mereka mengetahuinya selepas rakyat Malaysia menolak parti itu,” kata Dr Mahathir.
Bersatu hari ini menyerahkan kad keahlian kepada tujuh ahli Parlimen bekas Umno.

Mereka termasuk bekas menteri dalam Kabinet Najib Razak sebelum Pilihan Raya Umum ke-14 iaitu Hamzah Zainuddin (Larut) dan bekas timbalan menteri Mas Ermieyati Samsudin (Masjid Tanah).

Lima yang lain ialah Rosol Wahid (Hulu Terengganu), Dr Latiff Ahmad (Mersing), Shabudin Yahya (Tasek Gelugor), Hamzah Zainuddin (Larut) dan Mohd Fasiah Mohd Fakeh (Sabak Bernam), dan Ikmal Hisham Abd Aziz (Tanah Merah).

Ditanya mengenai tindakan Shabudin sebelum ini menyerang pemimpin DAP Lim Guan Eng, Dr Mahathir berkata, “Jika anda melihat sejarah setiap orang, anda tidak mampu melantik sesiapa.

“Mereka semua membuat kesilapan pada masa lalu tetapi tidak perlu diambil kira. Ambil kira siapa diri mereka sekarang.”

Berhubung dakwaan rasuah yang dihadapi Shabudin, Dr Mahathir berkata ahli Parlimen Tasek Gelugor itu sendiri perlu menjawabnya jika wujud kes tersebut.

Sementara itu, ahli Parlimen Mersing Latiff berkata mereka mengambil keputusan untuk menyertai Bersatu kerana menghadapi ‘realiti baharu’.

“Selepas kalah, kita perlu berdepan realiti baharu dan menjadi tanggungjawab kita membantu menaikkan negara ini ke tahap yang lebih tinggi,” katanya tanpa mengulas lanjut perkara yang dimaksudkan.

MR :  Itu tanda PKR dan DAP pun nak kena kencing juga.. Ooh AMANAH dan lama kena berak!!


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat


-: Iklan Teks (hanya RM20 sebulan) :-
 Anda Perut BUNCIT, Usus Kotor, Berat Badan Berlebihan? KLIK SINI UNTUK DETOKS TUBUH ANDA
 Dapatkan MADU LEBAH ASLI Disini...Makanan Sunnah Terbaik. Beli Madu Online >>>>KLIK SINI<<<< Penghantaran PERCUMA Ke Seluruh Negara!
 🔥🔥💥Cara mudah buat bisnes tanpa promosi sakan pada pelanggan, tapi pelanggan sendiri yang cari kita. Buat online je..💥🔥🔥
 Dapatkan Vitamin C Harian Anda Disini >>>Klik Sini<<< Sebotol ada 100 tablet Harga RM60 sahaja.Penghantaran PERCUMA ke Seluruh Malaysia





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

Tiada ulasan