Header Ads

ads header

Flash News

Keputusan memuktamadkan penyelesaian luar mahkamah jalan terbaik


MARANG: Datuk Seri Abdul Hadi Awang mendakwa saman fitnah yang difailkan terhadap Editor Sarawak Report, Clare Rewcastle Brown dibuat menggunakan nama beliau dan bukan nama parti, sedangkan tuduhan dibuat pihak berkenaan atas nama parti.

Presiden PAS berkata faktor itu menyebabkan tuntutan saman fitnah terhadap Rewcastle Brown ditarik balik, selain faktor sistem perundangan dua negara yang berbeza dan tidak mahu membuang masa di mahkamah.

“Kita merasakan tak guna kita habiskan masa di mahkamah dan peguam pun nasihat supaya kita tarik balik saman kerana kita nak buat kerja lain.

“Apatah lagi undang-undang Britain dan Malaysia lain. Di Britain, kes seperti ini kena dibawa atas nama peribadi, tak boleh atas nama parti, sedangkan tuduhan mereka (Sarawak Report) kepada parti.

“Hendak bawa di England atas nama parti tak boleh. Itu dah berlaku kelainan. Apabila berlaku kelainan ini, kita melihat kita dah menang moral di situ, (jadi) kita batalkanlah (tuntutan),” katanya ketika ditemui di kediamannya di Rusila di sini, hari ini.

Beliau mengulas keputusan memuktamadkan penyelesaian luar mahkamah dengan menarik balik tuntutan terhadap Rewcastle Brown, yang difailkan di Mahkamah Tinggi London.

Keputusan itu dicapai menerusi Perintah Persetujuan, selepas Abdul Hadi meneliti semua aspek keseluruhan tindakan mahkamah yang difailkan terhadap Rewcastle Brown selaku defendan dan mempertimbangkan pandangan serta nasihat peguam.

Rewcastle Brown turut menarik balik tuntutan balas terhadap Abdul Hadi dan kedua-dua pihak turut bersetuju tiada perintah berkenaan kos.

Ditanya mengenai kutipan tabung khas yang dilancarkan PAS pada 26 Jun 2017 untuk meminta sumbangan bagi membayar yuran guaman kes berkenaan, Abdul Hadi berkata beliau tidak tahu jumlah sebenar kutipan yang dikumpul.

“Itu dalam pengetahuan bendahari (parti). Tiada dalam pengetahuan saya,” katanya.

Ditanya apakah yang akan dilakukan dengan wang terkumpul dalam tabung sumbangan berkenaan Abdul Hadi menjawab:

“Ahli kita lebih suka kalau duit itu dibelanjakan untuk keperluan lain dan kegiatan parti. Kita akan gunakan untuk aktiviti lain. Ahli kita lebih suka begitu,” katanya.

PAS sebelum ini dilaporkan membayar lebih RM2 juta kepada peguam yang mewakili Abdul Hadi dalam kes saman fitnah itu.

Abdul Hadi memfailkan saman fitnah terhadap Rewcastle Brown di Mahkamah Tinggi London pada 21 April 2017 berhubung laporan Sarawak Report pada 6 Ogos 2016 yang mendakwa Presiden PAS itu menerima dana RM90 juta sebagai usaha menarik sokongan parti itu menyokong Barisan Nasional (BN) dan UMNO.

PAS bagi kerjasama kepada SPRM, sila siasat juga dana pembiayaan politik parti-parti lain.

Sidang Media Isu Saman Sarawak Report
Masjid Rusila, Marang.
8 Februari 2019.




Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat


-: Iklan Teks (hanya RM20 sebulan) :-
 Anda Perut BUNCIT, Usus Kotor, Berat Badan Berlebihan? KLIK SINI UNTUK DETOKS TUBUH ANDA
 Dapatkan MADU LEBAH ASLI Disini...Makanan Sunnah Terbaik. Beli Madu Online >>>>KLIK SINI<<<< Penghantaran PERCUMA Ke Seluruh Negara!
 🔥🔥💥Cara mudah buat bisnes tanpa promosi sakan pada pelanggan, tapi pelanggan sendiri yang cari kita. Buat online je..💥🔥🔥





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

Tiada ulasan