Header Ads

ads header

Flash News

Nak perhatian Rafizi serang PH -- UMNO tidak lemah, semangat penyokong PH yang luntur


KUALA LUMPUR 14 Feb. - Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli menganggap kemasukan beberapa bekas wakil rakyat UMNO ke dalam Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) tidak akan melemahkan UMNO, sebaliknya melunturkan semangat penyokong Pakatan Harapan (PH).

Beliau berkata, tindakan Bersatu menerima bekas-bekas ahli Parlimen UMNO itu dilihat sebagai mengutip 'sampah' dan berlawanan dengan mandat rakyat semasa Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) yang menolak UMNO dan Barisan Nasional (BN).

Rafizi yang dianggap rapat dengan Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim malah berkata, tindakan Bersatu itu juga akan melunturkan semangat penyokong PH pada musim Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Semenyih ketika ini.

"Kalau untuk lemahkan UMNO, itu tidak melemahkan UMNO. Ia dilihat sebagai mengutip sampah dan berlawanan dengan mandat rakyat PRU-14 tolak UMNO dan BN.

"Ia melunturkan semangat penyokong PH ke arah PRK Semenyih. Saya cadang tumpu bela rakyat," kata Rafizi menerusi kenyataan dalam laman Twitter beliau hari ini.

Semalam, enam bekas wakil rakyat UMNO menyertai Bersatu kerana yakin dengan perjuangan yang dibawa Perdana Menteri yang juga Pengerusi Bersatu, Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Mereka adalah Ahli Parlimen Tasik Gelugor, Datuk Shabudin Yahaya; Ahli Parlimen Mersing, Datuk Dr. Abdul Latiff Ahmad; Ahli Parlimen Hulu Terengganu, Datuk Rosol Wahid; Ahli Parlimen Larut, Datuk Seri Hamzah Zainudin; Ahli Parlimen Sabak Bernam, Datuk Mohamad Fasiah Mohd. Fakeh dan Ahli Parlimen Tanah Merah, Datuk Seri Ikmal Hisham Abdul Aziz.

Keputusan menerima mereka ditentang oleh ramai pemimpin PH.-UTUSAN ONLINE

Sumber: http://www.utusan.com.my

MR :  Rafizi makin terpencil dalam PH...kini cari publisiti


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat


-: Iklan Teks (hanya RM20 sebulan) :-
 Anda Perut BUNCIT, Usus Kotor, Berat Badan Berlebihan? KLIK SINI UNTUK DETOKS TUBUH ANDA
 Dapatkan MADU LEBAH ASLI Disini...Makanan Sunnah Terbaik. Beli Madu Online >>>>KLIK SINI<<<< Penghantaran PERCUMA Ke Seluruh Negara!
 🔥🔥💥Cara mudah buat bisnes tanpa promosi sakan pada pelanggan, tapi pelanggan sendiri yang cari kita. Buat online je..💥🔥🔥
 Dapatkan Vitamin C Harian Anda Disini >>>Klik Sini<<< Sebotol ada 100 tablet Harga RM60 sahaja.Penghantaran PERCUMA ke Seluruh Malaysia





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

2 ulasan:

  1. Tauke dan pengilang Fitnah ni dah kaya timbunan dosa.Hidup menyusahkan orang.Guna bijak anugerah Allah untuk fitnah dan adu domba. Yang pasti,Semai di dunia dan tuai di akhirat

    BalasPadam
  2. 4:140 Dan sungguh, Allah telah menurunkan (ketentuan) bagimu di dalam Kitab (Al-Qur'an) bahwa apabila kamu mendengar ayat-ayat Allah diingkari dan diperolok-olokkan (oleh orang-orang kafir), maka janganlah kamu duduk bersama mereka, sebelum mereka memasuki pembicaraan yang lain. Karena (kalau tetap duduk dengan mereka), tentulah kamu serupa dengan mereka. Sungguh, Allah akan mengumpulkan semua orang-orang munafik dan orang-orang kafir di neraka Jahanam,

    BalasPadam