Header Ads

ads header

Flash News

Rancangan ambil alih 4 tol lebuh raya tiada kaitan Semenyih, kata Anwar


SEMENYIH: Datuk Seri Anwar Ibrahim nafi pengumuman kerajaan hari ini mengenai rancangan mengambil alih konsesi lebuhraya serta pengurangan kadar tol yang dicadangkan adalah untuk memancing undi pada pilihan raya kecil DUN Semenyih yang sedang berjalan.

Ditemui pemberita selepas rumah terbuka pesta Chap Goh Mei di Semenyih hari ini, Presiden PKR berkata kerajaan menyediakan rancangan tersebut sejak dari awal.

“Menteri kewangan memberi maklum kepada saya mengenai rancangan itu dalam 2-3 minggu lalu untuk mempersiapkan butiran,” katanya.

Pejabat Perdana Menteri hari ini mengumumkan pengguna di 4 lebuhraya akan menikmati kadar tol diskaun 30% bagi pengunaan waktu biasa, selepas konsesi lebuhraya berkenaan diambil alih kerajaan susulan rundingan dengan Gamuda Berhad.

Empat lebuhraya terbabit adalah Lebuhraya Damansara Puchong (LDP), Sistem Penyuraian Trafik KL Barat (SPRINT), Lebuhraya Shah Alam (Kesas) dan Terowong SMART.

Disamping itu, kadar tol dihapuskan sama sekali antara 11 malam dan 5 pagi.

Sebelum itu, bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak mendakwa pengumuman berkaitan tol lebuh raya adalah untuk memancing undi.


Presiden PKR Anwar Ibrahim dikerumuni media selepas acara sambutan Chap Goh Mei di Semenyih hari ini.

Sementara itu, Anwar percaya fenomena “Bossku” tidak menjejaskan kempen Pakatan Harapan di Semenyih kerana orang ramai tahu akan skandal-skandal yang terjadi semasa pemerintahan Najib.

Beliau bagaimanapun faham perasaan rakyat yang meletakkan harapan tinggi kepada PH ketika berdepan masalah kos sara hidup.

“Rakyat rasa kita belum tunaikan sepenuhnya. Kita akui kekurangan itu,” katanya, dan menambah kerajaan kini sedang menangani masalah harga barang, perumahan dan pengangguran.

“Tetapi saya nak bagi tahu langkah-langkah yang diambil pentadbiran Tun Dr Mahathir Mohamad ini kita usahakan semaksimum mungkin tapi ambil masa,” katanya.



MR :  Lagi pun ini baru rancangan bukan betul-betul punya. Jangan percaya sangat takut kena kencing lagi


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt


-: Iklan Teks (hanya RM20 sebulan) :-
 Anda Perut BUNCIT, Usus Kotor, Berat Badan Berlebihan? KLIK SINI UNTUK DETOKS TUBUH ANDA
 Dapatkan MADU LEBAH ASLI Disini...Makanan Sunnah Terbaik. Beli Madu Online >>>>KLIK SINI<<<< Penghantaran PERCUMA Ke Seluruh Negara!
 ๐Ÿ”ฅ๐Ÿ”ฅ๐Ÿ’ฅCara mudah buat bisnes tanpa promosi sakan pada pelanggan, tapi pelanggan sendiri yang cari kita. Buat online je..๐Ÿ’ฅ๐Ÿ”ฅ๐Ÿ”ฅ
 Dapatkan Vitamin C Harian Anda Disini >>>Klik Sini<<< Sebotol ada 100 tablet Harga RM60 sahaja.Penghantaran PERCUMA ke Seluruh Malaysia






............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

1 ulasan:

  1. ayer kencing tak boleh habis selagi ada nyawa

    BalasPadam